Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Ahad Di Kuala Triang


Salam semuanya! Apa khabar? Masih dalam mood beraya? Bagaimana Ahad anda?

Terjumpa kawasan pantai baru hari ini. Terima kasih kepada Ayda, teman sekerja kerana membawa saya 'meneroka' kawasan ini di kampungnya. Kagum saya seketika. Tenang, aman - teruja melihat kawasan sekitar. Sepuluh bulan saya di Langkawi, baru kali ini Ayda membawa saya ke sini. Buat saya semakin sayang dah jatuh cinta kesekian kali dengan Langkawi :)

"Itulah you. Dah banyak kali I ajak, tapi you busy...".

Haha... saya tergelak. Ayda baik. Rajin dia menemani saya jika punya kelapangan.

Dari rumahnya, kami menaiki motor ke kawasan ini (dia berkeras meminta saya memarkir kereta di rumah).

"Naik motor lah syok! Boleh masuk kampung...".

Seakan kawasan di dalam syot-syot filem 'Ombak Rindu'- nah, saya kongsi dengan anda. Buat masa ni saya namakan dia 'Pantai German' (diambil sempena rumah pasangan dari Germany yang tinggal di hujung pantai). Saya pasti ke sini lagi. Thanks, Ayda!










Stabuxguy

Wednesday, October 3, 2012

Kelas Photoshop Asas. ANDA BERMINAT?


Hello semua!

Berita baik kepada mereka yang berminat khususnya para pelajar dan penduduk di sekitar Langkawi, anda kini boleh menyertai Kelas ADOBE Photoshop (Asas) anjuran LANGKAWI COMPUTER TRAINING CENTRE sebagaimana butiran di bawah :

Tempat : LANGKAWI COMPUTER TRAINING CENTRE, No. 6A, Tingkat Atas, Taman Medan Berjaya (Bersebelahan dengan Taman Langkawi)

Tarikh kelas : Bermula 15 Oktober 2012 

Siapa patut menyertai?

Terbuka kepada semua- tidak kira tua-muda di sekitar Langkawi asalkan berminat

Pilihan Kelas :

Kelas Hujung Minggu
2X Ahad - 9.30-12.30 pagi (6 jam)

Kelas Hari Biasa
Isnin, Rabu dan Jumaat : 8.30-10.30 malam (3 kali seminggu, 6 jam)

Yuran kursus : RM300 (Promosi Oktober!) 
Bilangan per kelas : 10 orang (maksimum)

  • Pengajar berpengalaman
  • Yuran kursus yang rendah
  • Pilihan jadual yang fleksibel

Nah, apa lagi- Hubungi 012 - 453 8211 (Puan Salina) atau 012 - 460 0269 / 04 - 966 0069 sekarang untuk maklumat lanjut dan tempahan kelas anda. Tempat adalah terhad! 

E-mail : kedaikash@rocketmail.com

Stabuxguy - peluang baik bagi mereka yang berminat, khususnya penduduk di Langkawi :)

Friday, September 14, 2012

PROMO : Kelas ADOBE Photoshop Asas Di Langkawi



Hello semua! Apa kahabar?

Saya ada sesuatu yang menggembirakan utk diwar-warkan hari ini. Setelah lama merancang, Alhamdulillah, berkat sedikit usaha, saya dan Kedai Kash (KK), iaitu "kedai online" yang sedang saya usahakan (klik di sini untuk LIKE), kini bakal melancarkan Kelas ADOBE Photoshop (peringkat asas) bermula minggu kedua Oktober nanti. 

Bakal dikendalikan oleh saya sendiri selaku pengajar, kelas ini adalah terbuka buat semua yang berminat dan ingin mengetahui apa itu ADOBE Photoshop dan tips-tips berguna yang berkaitan. 

Terima kasih tak terhingga buat beberapa rakan dan mereka yang terlibat dalam membantu, baik dari segi penyediaan material mahupun sokongan/motivasi. Anda tahu siapa anda! Saya benar-benar menghargai jasa kalian. Hanya Tuhan mampu membalasnya.

Sedikit info tentang kelas ini?

Yuran kursus yang rendah, jadual yang fleksibel, saya juga akan berkongsi pengalaman bersama-sama rakan-rakan peserta selama berkecimpung dalam dunia grafik dan suasana perkerjaan sebenar.

Untuk pengetahuan, saya pernah berkerja di MIG Movies (syarikat pengeluar filem milik David Teo) selaku pereka grafik dan juga pernah berkhidmat di Universiti Putra Malaysia di Bahagian Komunikasi Korporat, juga dengan jawatan yang sama. 

Diharapkan dengan sedikit pengalaman yang saya ada, dapatlah sama-sama kita berkongsi dan lebih mendalami ilmu grafik dan Photoshop ini khususnya.

Jadi jangan lupa ya, khusus buat mereka yang berada di Langkawi (dan juga Alor Setar!), TEMPAH kelas anda hari ini. Hubungi nombor tertera atau telefon/e-mail saya sendiri sebagaimana di bawah :

TEL : 017-394 0759
E-MEL : kedaikash@rocketmail.com

Jumpa KK dan geng2 lain di sana! :)

Stabuxguy

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...