Friday, November 6, 2009

Pisau Cukur- Gandingan Yang Kecoh!

"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?"

Panasss!

Oh, my Gucci- sabar, sabarr... jangan ada yang tersalah tafsir. Perenggan di atas bukanlah dari luahan kata-kata saya.

Membayangkan gelagat gila-gila si Fazura, dan sisi lain Maya Karin, saya mengajak AM dan Ir menemani saya untuk sama-sama menonton Pisau Cukur malam tadi TGV, KLCC. Tepat jam sembilan malam, kami memasuki panggung. Orang agak ramai semalam, hampir sesak satu panggung. Ada yang datang berkeluarga, berkumpulan, tak kurang pasangan-pasangan bercinta. Wah, begitu ramai orang yang suka menonton filem Melayu sekarang ya?

Dimulakan dengan intro Fazura (Intan) yang sedang menghoskan rancangan 'Jejak Jenayah' di kaca tv, babak beralih kepada si jelita Maya Karin (Bella) yang sedang menunggu keputusan di pentas (uh lihat aksi gatal Maya- saya suka!) untuk diumumkan juara rancangan realiti, 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?'.

Menariknya, beberapa orang cameo (selebriti popular) muncul di sini, antaranya Norman KRU (sebagai jutawan), Nabila Huda (peserta/juara) dan juga Nabil (pengacara rancangan).

Gagal dalam rancangan 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?', Bella mengikuti Intan untuk bercuti dalam pelayaran kapal mewah.

Misi mereka?

Mencari lelaki-lelaki kaya yang berpangkat untuk dijadikan calon suami!

Penceritaan yang tampak mudah dan klise namun berbekalkan mutu skrip yang segar dan kreatif (kredit buat Rafidah!)- Pisau Cukur lain dari yang lain dan punya kisah yang tersendiri.

Lucu dan sinikal- sebagaimana Gol & Gincu, Pisau Cukur hadir dengan pakej yang hampir lengkap. Gandingan terbaik Fazura-Maya Karin (setakat ini) selain kemunculan ramai cameo selebriti popular tanahair juga tambah menjadikan Pisau Cukur lebih menarik dan seronok ditonton.

Diadun dengan agak baik, biarpun penggambaran dijalankan bukanlah di atas set kapal mewah sebenar (kos yang agak mahal), namun pengarah bijak menutup kelemahan berkenaan dengan memaparkan sebuah lakonlayar yang berkesan. Saya jamin anda pasti terlupa tentang kekurangan ini, sebaliknya terhibur dengan gelagat Intan/Bella serta kisah pencarian mereka.

Terdapat dua bahagian cerita yang bergerak 'selari' dalam filem ini, sesuai dengan watak dua heroin yang dibawa Fazura-Maya Karin.

Bahagian 1- Fazura (Intan)

Menyiasat kematian Datuk Zakaria Hitam/Zak (Datuk Rahim Razali).

Datuk yang mempunyai tiga isteri telah didapati meninggal dunia dalam pelayaran secara misteri dan mengejut. Ketiga-tiga isterinya, (dilakonkan oleh Khatijah Tan-Datin Wahidah, isteri pertama, Umie Aida- Naini, isteri kedua dan Sharifah Sofia- Sal, isteri ketiga) adalah suspek. Dibantu oleh Ari (Aaron Aziz), seorang penyiasat persendirian, Intan mula menyiasat punca sebenar kematian datuk.

Watak yang gedik dan sedikit 'kepoh', busybody pada awalnya, anda akan mula menyukai Intan di atas ketelusannya.

Paling saya suka beberapa 'dialog berjenama' yang menjadi 'trademark' Intan. Saya pasti dialog-dialog berkenaan akan menjadi popular sedikit masa lagi.

Bahagian 2 - Bella (Maya Karin)

Kecewa dengan kekalahannya dalam merebut gelaran juara sebuah rancangan realiti, Bella mengikut Intan belayar menaiki kapal mewah, Puteri Duyung. Misinya hanyalah untuk mencari lelaki kaya untuk dijadikan calon suami.

Beberapa lelaki cuba merapatinya, antaranya Datuk Zak sendiri. Menolak untuk dijadikan isteri keempat Datuk, Bella secara tidak sengaja telah bertemu pula dengan seorang peminat rancangan 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?' yang mengenalinya, Faqir (Redza Minhat).

Kerana sindiran Faqir, Bella menolak untuk melayannya, sebaliknya bertemu cinta hati yang dicari-carinya, seorang jutawan kaya-raya berstatus duda. Beberapa rancangan dijalankan untuk mendekati Datuk Hisham (lakonan Eizlan Yusuff), si jutawan sehinggalah lelaki berkenaan akhirnya juga jatuh cinta kepada Bella.

Saya tertarik dengan lakonan Redza Minhat (Faqir), biarpun masih baru dan kelihatan agak kaku, namun watak Faqir tetap menarik dan cute. Faqir punya ciri-ciri seorang lelaki gentlemen yang baik dan tidak mustahil digilai ramai wanita. Namun kerana lebih melihat kebendaan dan wang, Bella telah tersalah pilih.

Rata-rata pelakon yang membintangi filem ini mempamerkan mutu lakonan yang baik dan berkesan. Sebagai contoh, Datuk Zak, walaupun hanya beberapa babak sahaja, tetapi impaknya juga kuat dan beliau merupakan punca segala kekecohan utama yang berlaku.

Fazura lebih hebat?

Saya tidak nampak mengapa isu ini harus timbul. Pada saya, baik Fazura atau Maya Karin, kedua-duanya hebat dengan watak masing-masing. Fazura yang agresif dan lebih gedik, sesuai dengan riak wajah dan karakternya, manakala Maya Karin lebih lembut namun agak gila-gila juga. Nampak keserasian mereka bila bergandingan bersama. Masing-masing bijak membawa karakter dan apa yang penting- serasi dan happening!

Sisi lain terbaik lakonan Maya setakat ini.

Dan Fazura, selepas Pisau Cukur... saya semakin, semakin... menyukai anda!

Oh, my Prada- haha!

Selamat menonton!

p/s : Tak sabar menunggu dua lagi filem mega tahun ni- 2012 dan New Moon. Ada yang mahu ikut saya ke panggung?

Stabuxguy

Ulasan Blogger lain :

Ajami Hashim

11 comments:

Ajami Hashim said...

I likeee!

:-)

stabuxguy said...

hahaha bro ajami... citer ni mmg best sgt sgt... mmm... lama tak tgok wayang sesama kan? i pun dah tak dpt invitation skang... sedey la... huhuhu....

how's life so far?

alieya akasha azman said...

em... menarik....sekiranya berminat pula menyaksikan pertandingan mencipta lagu2 asli..datanglah di Auditorium RTM pada 8 nov 2009 jam 8.30 malam. dan anda mungkin akan melihat bakat2 baru yg bakal lahir...

stabuxguy said...

wow pertandingan lagu2 asli? hehehe... ada ruang lagi tak nak masuk bertanding? kekeke....

are yu working with the RTM eh?

Ophe said...

yuppp.. fazura sangat2 comel dalam pisau cukur... ohhh my dior... hahahha

MaksuHakim said...

nak ikut boleh tgok cerita 2012

alieya akasha azman said...

hahahah dah tutuplah u...terlewat skit jerk...datanglah malam ni...tak kerja d RTM but 1 kementerian yg sama...so event tu we all buat d RTM...comelah....maybe u ada akan ada idea2 baru tok story u nanti...

Ajami Hashim said...

tgh bz promotkn TUNJANG SA'ADAH my 1st script for telemovie! hahaha!

jgn lupa tonton pd sabtu, 14 nov @ tv3 @ 10pm tau! tQ bro muahhh!

p/s: mana my link??? :-(

alieya akasha azman said...

wow mesti menarik,Tunjang Sa'adah.mengenai apa ya,14hb..cm lama lak nak menunggu

farish izaryl @izreez said...

hehe ade lak gmba the making ek.pape pon mmg best lah

alieya akasha azman said...

memang menarik tunjang sa'adah...berjaya jugak mencuri masa tuk menonton...tersentuh...
tahniah bro ajami.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...