Friday, September 14, 2012

PROMO : Kelas ADOBE Photoshop Asas Di Langkawi



Hello semua! Apa kahabar?

Saya ada sesuatu yang menggembirakan utk diwar-warkan hari ini. Setelah lama merancang, Alhamdulillah, berkat sedikit usaha, saya dan Kedai Kash (KK), iaitu "kedai online" yang sedang saya usahakan (klik di sini untuk LIKE), kini bakal melancarkan Kelas ADOBE Photoshop (peringkat asas) bermula minggu kedua Oktober nanti. 

Bakal dikendalikan oleh saya sendiri selaku pengajar, kelas ini adalah terbuka buat semua yang berminat dan ingin mengetahui apa itu ADOBE Photoshop dan tips-tips berguna yang berkaitan. 

Terima kasih tak terhingga buat beberapa rakan dan mereka yang terlibat dalam membantu, baik dari segi penyediaan material mahupun sokongan/motivasi. Anda tahu siapa anda! Saya benar-benar menghargai jasa kalian. Hanya Tuhan mampu membalasnya.

Sedikit info tentang kelas ini?

Yuran kursus yang rendah, jadual yang fleksibel, saya juga akan berkongsi pengalaman bersama-sama rakan-rakan peserta selama berkecimpung dalam dunia grafik dan suasana perkerjaan sebenar.

Untuk pengetahuan, saya pernah berkerja di MIG Movies (syarikat pengeluar filem milik David Teo) selaku pereka grafik dan juga pernah berkhidmat di Universiti Putra Malaysia di Bahagian Komunikasi Korporat, juga dengan jawatan yang sama. 

Diharapkan dengan sedikit pengalaman yang saya ada, dapatlah sama-sama kita berkongsi dan lebih mendalami ilmu grafik dan Photoshop ini khususnya.

Jadi jangan lupa ya, khusus buat mereka yang berada di Langkawi (dan juga Alor Setar!), TEMPAH kelas anda hari ini. Hubungi nombor tertera atau telefon/e-mail saya sendiri sebagaimana di bawah :

TEL : 017-394 0759
E-MEL : kedaikash@rocketmail.com

Jumpa KK dan geng2 lain di sana! :)

Stabuxguy

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...