Sekian lama tertangguh, 20 Mac 2010, dapat juga saya mencuri masa untuk melakukan sesi pandu uji kereta idaman di Hicom Shah Alam. Mujur sepupu saya, Zul dapat turut serta. Berbanding saya, Zul berpengalaman dan lebih tahu selok-belok hal berkaitaan kereta.
Kami tiba tepat kira-kira jam sebelas pagi. Agak ramai juga orang di Hicom hari ni lebih-lebih lagi model terbaru Proton, Persona Elegance baru sahaja beberapa hari dilancarkan.
"So macam mana?". Soal Zul sebaik selesai melakukan pandu uji.
Saya senyum memandang Zul. Sememangnya Neo sejak dulu menjadi idaman saya. Malah lebih lama lagi, model yang sama, Gti pernah membuatkan hati saya membuak-buak ingin memilikinya suatu hari nanti.
Jika ada yang bertanya, ya saya terlalu teruja!
Pengalaman pertama bakal memiliki kenderaan sendiri, dengan duit titik peluh sendiri- sedikit demi sedikit saya mula menggalas tanggungjawab. Belajar menangani hidup dengan lebih serius.
Saya anggap ianya pencapaian.
Jauh hati saya terdetik, jika tidak kerana seseorang yang sentiasa memberi saya semangat, pastinya tidak mungkin saya berada di tahap kini. Tidak boleh tidak, ini harus saya ulang berkali-kali di dalam hati, agar saya tidak lagi menjadi seorang yang lupa diri-
Kerjaya yang memuaskan, hidup yang semakin stabil. Nah, bersendiri nyata lebih mematangkan saya dalam segala hal.
Bukankah itu lebih baik?
Sama-sama doakan hidup masing-masing kita lancar dan dipermudahkan.
Oh, ya minggu hadapan saya akan mula bercuti. Berkira-kira untuk pulang ke kampung, sebelum melalui satu lagi fasa kehidupan baru, saya hitung April sebagai satu lagi sejarah peribadi yang manis untuk dikenang. Bagi mereka yang sabar (dan rajin singgah di sini), tunggu, akan saya kongsikan dengan anda nanti.
Jumpa lagi!
Stabuxguy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!
Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...
-
Mendengar war-war Muzikal The Secret Life Of Nora (TSLON) bakal dipentaskan kira-kira 3 bulan yang lalu, hati saya begitu teruja, l...
-
Gabriel Banang Harvianto : Hari Hari Terus Berganti Hati Ini Semakin Gelisah Melihat Keadaan Sekolah Miring Muhammadiyah Tak ...
-
"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?" Panasss! Oh, my Gucci- sabar, sabarr... janga...
Search This Blog |
3 comments:
NEO Orange lebih cantik....hehe
cantik... tapi i prefer hitam.
menawan :)
tq singgah cikgu.
Congrats!!
Hitam mmg sgt menawan. Atau silver. Both are nice. Dulu2 I mmg minat GTi. Hampir2 nak angkat satu...tp ada sesuatu yg menyebabkan minat itu hilang begitu saje. Entahlah...
All the best, Kash.
Post a Comment