Rutin yang padat, kadangkala buat kita stress di pejabat. Lari dari kesibukkan hari-hari berkerja biasa, saya ambil peluang untuk bersama beberapa orang teman menonton Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza di Stadium Malawati, Shah Alam malam sabtu lalu.
Konsert yang dimulakan tepat jam 8.30 malam itu adalah anjuran Hai-O Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat Siti sendiri, iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd.
Awal-awal lagi saya sudah menempah beberapa keping tiket, niat saya untuk pergi menonton bersama dua orang teman lama waktu di kolej, As dan Mokhtar, namun di saat-saat akhir, Mokhtar kurang sihat dan saya hanya ke konsert bersama As dengan ditemani beberapa orang teman kami yang lain.
Aura Siti masih teratas.
Permulaan konsert yang dibuka dengan begitu baik oleh artis berkumpulan di bawah naungan Siti Nurhaliza Productions (SNP) sendiri iaitu Kumpulan Coda memperlihatkan kematangan persembahan kumpulan ini biarpun begitu baru di dalam dunia hiburan muzik tanahair. Biarpun lagu-lagu mereka tidak begitu biasa didengar dan 'mesra-telinga', namun Coda tetap cool dan mempamerkan sebuah persembahan yang bermutu.
Konsert dihangatkan dengan kemunculan dua 'artis panas' baru SNP iaitu Saida dan Saerah yang berduet menyanyikan lagu Doktor Cinta dendangan asal kumpulan dari seberang, Dewi Dewi.
Jika ada yang masih ingat, Saida pernah membawakan lagu ini sewaktu di Konsert AF tidak lama dulu dan dikritik kerana stail tangan di kepalanya. Duet yang baik dan menghiburkan. Barangkali berkat tunjuk ajar dan pengalaman Siti, dua beradik ini tidak nampak kekok dan amat cemerlang di pentas.
Saida dan Saerah juga, masing-masing turut menyanyikan medley lagu-lagu popular dan baru mereka. Bukan sekadar memuji, tetapi saya begitu terkejut dengan alunan vokal kedua-duanya- lebih-lebih lagi Saerah. Tak mustahil, dengan sedikit masa lagi, jika kena acuannya, Saerah bakal muncul antara pelapis baru yang hebat. Kecoh juga antara saya, As dan Zaff di tempat duduk, masing-masing tergamam dan memuji 'penampilan baru' Saida-Saerah.
Seterusnya, yang di tunggu-tunggu, seakan tidak sabar, masing-masing penonton bertepuk dan bersorak sebaik Siti muncul di tengah-tengah pentas- dengan fesyen baju yang begitu funky dan nampak elegan, Siti memanaskan lagi stadium dengan dua lagu rancak popularnya, Kumahu dan Kumilikmu.
Susunan muzik yang segar dan baru, tambah menggamatkan lagi suasana, lebih-lebih lagi Siti dengan selambanya meniru gaya Beyonce menari di pentas.
"Kalau ada yang kemurungan atau sedih kerana tak dapat tengok konsert Beyonce, Siti harap, lagu itu dapat hiburkan semua," satu stadium riuh dengan jeritan penonton mendengar Siti berseloroh.
Paling menggamatkan dewan juga sewaktu melihat buat julung-julung kalinya di konsert sebegini, tiga Siti beraksi dan berkongsi pentas. Seakan menyaksikan sedutan persembahan live kumpulan Dreamgirls- dimulakan dengan Saida (Hey, Ladies!) dan diikuti dengan Saerah (Lelaki Buaya Darat) dan terakhir Siti (Pudar). Memang menarik dan sekali lagi saya tergamam melihat aksi cemerlang persembahan Saida dan Saerah.
Banyak lagi lagu-lagu menarik dan popular Siti nyanyikan pada malam itu. Paling mengujakan saya sewaktu Siti menyanyikan lagu Anuar Zain, Lelaki Ini bagi segmen tribute, selain Mahakarya Cinta (Faizal Tahir). Memang terangkat dan meremang bulu roma.
Duet Bukan Cinta Biasa dengan iringan tiupan seruling oleh Mohar juga menarik perhatian saya. Intro indah yang digubah semula, menyaksikan persembahan Siti yang sentiasa cuba mencari kelainan dalam menarik perhatian peminat-peminat setianya.
Puass!! Biarpun terpaksa meredah hujan yang sedikit lebat dari parkir ke pintu stadium (hampir kuyup baju saya!) tidak mematahkan semangat saya dan rakan-rakan untuk menyaksikan konsert Siti ini.
Ahad pagi, saya bangun dengan perasaan yang tersenyum.
Oh, Siti!! Cepat-cepat dikeluarkan album DVD konsertnya nanti ya!
Kredit foto : mStar Online & Calmille
Stabuxguy - Simpan senyum melihat Siti sepanjang minggu :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!
Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...
-
Mendengar war-war Muzikal The Secret Life Of Nora (TSLON) bakal dipentaskan kira-kira 3 bulan yang lalu, hati saya begitu teruja, l...
-
Gabriel Banang Harvianto : Hari Hari Terus Berganti Hati Ini Semakin Gelisah Melihat Keadaan Sekolah Miring Muhammadiyah Tak ...
-
"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?" Panasss! Oh, my Gucci- sabar, sabarr... janga...
Search This Blog |
2 comments:
sonoknyaa..tp rizz xdpt p
maksu tak dpt pegi.huk huk huk..sedey!~
Post a Comment