Friday, May 15, 2009

Hari-Hari Sibuk Kash

Gembira bercampur lega. Hampir sebulan memerah idea, cuba merealisasikan apa yang terdaya, dari logo baru ke barangan cenderamata untuk Hari Keluarga MCC 2009, buat saya tersenyum puas. Itu yang penting.

[ klik untuk maklumat lanjut ]

Kali kedua dalam masa seminggu, saya meredah ke Central Market di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk urusan dan hal-hal berkaitan.

Bukan senang.

Saya kutip sebagai pengalaman.

Semalam hari yang agak padat juga. Berkejar dari hujung ke hujung, hujan lebat, masuk ke pusat bandar hinggalah ke USJ, oh nasib juga trafik menyebelahi saya. Tidak pernah-pernah perjalanan hari sibuk saya sebegitu senang. Satu demi satu urusan saya berjaya dilaksanakan :

1. Meeting dengan Tourism - PWTC
2. Tempah badge/button & mug - Central Market
3. Tempah bunting/banner & car sticker (print) - USJ
4. Ambil laundry & call card - Bandar Permaisuri

Pertama-tama saya akan terbang ke Sabah hujung minggu ini untuk beberapa hari. Tawaran dari Majalah GTN (Gaya Travel Nusantara) beberapa hari lalu untuk mengikuti rombongan Tourism (kali kedua selepas Ba'Kelalan) tidak saya lepaskan. Teruja melihat sendiri bagaimana Tadau Ka'Amatan diadakan, buat saya tidak berfikir lama.

Sebagaimana Ba' Kelalan, saya pergi selaku penulis untuk ruangan pelancongan atau wartawan.

Peluang yang jarang-jarang kita dapat. Terima kasih GTN kerana memberi saya peluang keemasan.

Balik dari Sabah, saya bakal memulakan tugas baru minggu depan di salah sebuah syarikat produksi filem tempatan. Kerja baru, suasana baru- pastinya satu cabaran buat saya.

"Encik Wan, permohonan anda diterima. Anda lulus temuduga dan anda ditawar berkerja di syarikat kami. Boleh mula minggu hadapan?".

Bohong jika saya tidak gembira. Namun dalam hidup sering ada persimpangan. Buat saya serba-salah untuk memilih.

Menerima umpama satu bonus yang paling berbaloi saya kira. Antara dream job saya sepanjang hayat. Tidak sekarang bila lagi?

Dalam hidup, biarpun tak semua bisa kita dapat, saya harapkan yang terbaik. Saya percaya pada rezeki dan ketentuan.

Terima kasih pada yang sering mendoakan.

Kejayaan ini untuk kita.

Sabah, tunggu saya datang.

Jumpa anda minggu hadapan!

p/s : Jangan lupa mendapatkan Majalah GTN terbaru di pasaran - ada cerita Bali saya!

Stabuxguy

3 comments:

alieya akasha azman said...

Tahniah Kash, rezeki namanya....pe pun keja yg kita buat yg penting keja tu mesti yg kita suka dan dekat dgn diri kita n yg paling2 penting ikhlas.
selamat bertugas.... enjoy

Jusohbedil said...

huh..sykt filem? promote aku blakon ooii...jadi mentadakman pon jadi laaa..

Lino said...

Susahnya nak carik Magazine ni...

been to Kinokuniya, MPH, Magazines store... tak ada pon.. ;(

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...