Ada peristiwa lucu berlaku pagi tadi. Sementara itu, oh ya saya dah dapat kerja. Bukanlah di firma-firma atau konsesi besar-besar, penat menunggu jawapan syarikat P yang tak kunjung datang, saya terima tawaran syarikat pengiklanan kecil yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah. Untung rezeki saya di situ barangkali. Suasana kerja? Hmmm... sukar untuk dicerita. Saya percaya kepada perkataan 'mengutip pengalaman'.
Ok, berbalik kepada peristiwa lucu tadi, pagi-pagi lagi saya ke tempat kerja. Semangat bangun pagi, hantar ke Ir sebagaimana biasa- duh, trafik benar-benar teruk hari ini ya! Kiri-kanan, atas bawah jalan bersimpang-siur... saya sabar, getap bibir sambil mengira-ngira waktu ke 'tempat kerja'.
Tiba sahaja- 'ofis' baru dibuka. Ada seorang pekerja ni bertanya,"Ya bang, mahu tempah barang?". Tak semena saya angguk. Saya duduk. Keluarkan senarai, "Okay saya nak tempah itu, ini, boleh buat?". Kertas bertukar tangan. Dia kelihatan mencatit-catit seketika.
"Err.. bos mana?".
"Ke Melaka. Petang baru balik." Ooo- saya angguk. Masih tidak tahu untuk memulakan perkataan,"Eh, ini hari pertama saya kerja. Kamu designer juga ya?".
"Ok, saya simpan senarai ni. Nanti bila bos dah balik saya bagitau. Saya call abang nanti?". Saya terus angguk dan berlalu keluar.
Duh, kenapa saya keluar? Habis la dah segan nak masuk balik... "Err, saya kerja di sini hari ini...".
Puas memikir-mikir ayat terbaik, saya masuk kembali.
"Eh, Eddie ya? Saya baru telefon bos kamu. Dia minta saya tunggu." Eddie kelihatan terkebil-kebil sejenak. Dia mencapai telefon.
"Ya, bos, bukan bos.. bukan... customer ni nak datang tempah barang, bukan our new designer...". Erk?
"Ooo maaf ya- bos saya tersilap. Dia ingat awak designer baru kami. Saya dah bagitau dia abang datang nak tempah barang." Duh! Apa lagi saya nak cakap ni...
"Ok, saya datang lagi besok...". Kali ni terasa seperti mahu orbit terus ke kereta.
Saya menelefon Ir, menceritakan apa yang terjadi.
"Takpe, besok pergi lagi. Salah faham je tu...".
Sampai rumah, saya menelefon pula Wardy. "You free? Buat apa hari ni?".
"Mahu ke apartment showroom, nak bayar instalment rumah. Nak ikut?". Pantas saya bersetuju.
"I pegi gym dulu. Jumpa kat area Taman Melati jam dua petang."
Itu terapi saya. Kalau ada hal-hal yang 'tak-sepatutnya-berlaku' terjadi macam tadi, saya perlu 'lari' untuk berbuat sesuatu. Selain ke gym dan menemani Wardy ke apartment barunya- oh hanya itu yang dapat saya fikirkan (buat masa sekarang!).
Ternyata saya sukakan idea melihat-lihat showroom hari ini. Terima kasih Wardy kerana menyelamatkan saya.
"You see... nampak tak partition ni, hah nanti I nak buat macam ni la... nice kan...". Saya lihat-lihat sekeliling sambil mendengar penerangan Wardy. Saya tahu dia teruja. Saya juga!
"Mana bilik I?". Soal saya berlucu sambil melihat ke arah pelan rumah.
"Ni, bilik you... suka tak?". Tunjuk Wardy kepada salah satu bilik.
"Okay, I nak balkoninya sahaja. Boleh tatap KLCC hari-hari. Puas!". Hahaha-
"Jom makan. Lapar?". Semestinya! Kami tuju ke Memori Corner tak jauh dari situ. Hmmm... makanannya tip-topp, boleh tahan.
"Kalau nak tahu makanan sesuatu tempat tu sedap ke tak, kena cuba tom yamnya dulu," ujar saya berpetua. Entah dari kitab mana saya dapat.
Saya hirup kuah tom yamnya, duh, memang sedapp.. rojak juga... teh-kopi tiga lapisnya... hmmm... okay la nak buat iklan kejap... sedapppp memang sedap. Dalam hati,"Habislah diet saya hari ni..".
Paling saya suka dekorasinya. Pada anda yang pernah ke sini, tentu tahu apa yang saya maksudkan. Berimejkan konsep dekorasi ala-kampung dan suasana dusun, saya sarankan anda singgah di sini, murah, selesa- macam-macam ada!
"Nak tengok wayang?". Tawar saya. Teringat yang Wardy belum lagi menonton Wolverine. Oh, Ir juga.
"Wolverine mahu?". Aju saya lagi belum sempat Wardy menjawab.
"Bukan you dah tengok ke?".
"Tak kisah. I suka Gambit. Mahu tengok lagi sekali." Saya menyeringai. Memang kalau cerita-cerita fiksyen macam tu ajaklah saya berkali-kali pun tak kisah.
"Ok set. Nanti i book kan malam ni. Pavillion?".
"Ya, senang Ir habis kerja kita terus ke ke tonton!".
"Ok... ok...".
Dan malam ini saya masih memikirkan soal kerja. Sampai bila?
Tiba-tiba handphone berdering.
"Salam... hang buat apa? Ganggu?". Suzana!
"Taklah. Depan laptop ni hah. Buntu."
"Artwork?". Saya angguk walaupun tahu Suzana tak nampak.
"Aku nak inform hang. Interview syarikat P Khamis ni. Depa nak panggil hang. Prepare la apa yang patut." Antara teruja dengan tidak, saya menyoal Suzana sekali lagi, inginkan kepastian.
"Hang pasti ke?".
"Yelah... depa inform aku tadi. Good luck ya!".
"Terima kasih."
Saya telan liur. Tiba-tiba teringat lagi tentang kerja baru esok.
p/s : Pergi tak pergi?
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!
Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...
-
Gabriel Banang Harvianto : Hari Hari Terus Berganti Hati Ini Semakin Gelisah Melihat Keadaan Sekolah Miring Muhammadiyah Tak ...
-
Mendengar war-war Muzikal The Secret Life Of Nora (TSLON) bakal dipentaskan kira-kira 3 bulan yang lalu, hati saya begitu teruja, l...
-
"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?" Panasss! Oh, my Gucci- sabar, sabarr... janga...
Search This Blog |
No comments:
Post a Comment