
"nombor perhubungan terbaru?".
ya! ramai yang merungut sebenarnya kerana agak mahal bila mahu menghubungi saya (di sini). oleh itu saya nekad ke digi dan mendaftar "nombor perhubungan terbaru" ini.
ringkas dan mudah untuk diingati.
khas buat anda (para pelanggan dan pembaca blog yang saya hormati)- saya war-warkan kepada anda (pada yang berminat ingin mendapatkan khidmat saya- (poster/banner/streamer), rekaan grafik, bina laman web, video editing (dialu-alukan!), atau sekadar berkongsi idea dan cerita (perihal) tempat-tempat menarik (pastikan benar-benar menarik ya!) di sekitar anda- travel/pelancongan. saya suka! *kash gemar berjalan situ sana sini.
melancong- ya, salah satu dari hobi saya.
ops! satu untuk makluman anda (wahai pembaca-pembaca) harap no ini tidak disalahguna. ini talian niaga saya. nadi antara saya dengan anda- sebarang gangguan atau sms yang tiada sangkut-paut dengan khidmat/perniagaan tidak akan dilayan.
jadi pastikan anda mempunyai tujuan sebelum menelefon atau sms ya.
#014-6000 441
"kash, minta createkan banner for my company event. logo, ya logo. mahu juga. bisa?".
"kash, you design call card tak? poster?".
noted!
hari-hari saya. minggu yang penuh kualiti saya kira. kian bisa bernafas dan mula menjenguk dunia. oh, apa khabar anda di sana? oooh.. macam itu rupanya.


RD dan presario benar-benar memudahkan hidup saya untuk berhubung dengan anda dan melakukan kerja-kerja grafik dan internet setiap hari. nadi yang menjadi keperluan (wajib) saya hari-hari.


lepas makan, kak sam saya datang jemput dan kami gerak pula ke rumah dr. juliana mengambil iman dan danial. seronok sekali saya melihat mereka. danial, macam biasa, tak henti-henti bercakap.
"uncle kash, lihatlah baju baru danial. mami beli kat indonesia!".
"nicee.. cantik!". puji saya.
"lihat jaket danial mami beli juga-". saya tersenyum. biasa la budak-budak. sesekali saya menegur iman. berbeza dengan danial, gadis sunti ini lebih banyak mendiamkan diri. iman hanya akan bertanya saya bila perlu sahaja.

"iron man. kata nak tengok semalam kan?".
"hoorayyy!!". danial menjerit suka hati.
kami ambil tiket yang awal-awal dah ditempah di kaunter.
"4.10pm. ada masa lagi. jom lepak borders!".
budak-budak apa lagi. seronok sebab dapat lepak dan baca buku-buku kegemaran. saya pimpin danial sementara iman dengan kak sam saya.
sesekali bawak mereka ni keluar seronok juga. kebetulan dr. juliana juga dah saya anggap seperti sahabat saya di sini.
oh, pada anda yang mahu menonton iron man- pesan saya : pergi jika anda benar-benar fans dari watak-watak superhero komik sahaja!
pendapat saya? iron man okay. lain dari yang lain. lebih nyata dan bersifat realiti sebagaimana karakter batman.
jujurnya, saya bukanlah peminat komik, namun karakter-karakter dan filem seperti trilogi x-men, fantastic four, transformers adalah kegilaan saya. cerita kanak-kanak seperti narnia, wizards of oz juga membiarkan saya berfantasi. sementelah saya juga membesar dengan pinochio, cinderella, he-man, thundercats. (sekadar beberapa nama).
habis menonton, kami ke swensen's yang terletak di wing kanan bangunan mall. kebetulan saya memang terlalu lapar.
"sorry guys. i'm starving. mau makan steak!".
"kami nak ice-cream!".
"danial nak monster-cookies ngan mini burger ni."
hahaha! kecoh juga masing-masing nak order itu ini.

"hah, waffle- yap, waffle for me please."
habis makan, kami balik jam tujuh. saya drive hantar iman dan danial ke rumah mereka.
"you guys had fun?".
"yeahhh... terima kasih uncle kash!!".
mereka gembira, saya juga gembira. tak sangka saya ni penyayang juga rupanya. hahaha! mati la dah jadi uncle katanya...
stabuxguy
No comments:
Post a Comment