
saya keliru. sampai bila?
ingin terasa hati kembali terbang ke bumi Oldenburg yang telah hampir setahun saya tinggalkan. apa khabar sahabar-sahabat saya di sana agaknya. Martin, Frank, Omar, Beth, Wolfgang, James- *wie geht es ihnen?
*sihatkah kalian?

"it's summer again now. we miss you, Kash!". "we" merujuk kepada dirinya dan Frank.

namun lama-lama saya okay. pada yang tak biasa, susah juga.

merekalah yang kerap membawa saya jalan-jalan, ke Hamburg, Berlin dan lain-lain tempat yang menarik di Germany. selain bahasa dan beberapa istilah serta dialek tempatan, banyak yang saya belajar sebenarnya dari mereka.
merasai pengalaman bersarapan di garden (milik mereka) yang dijaga rapi di tepi rumah membuatkan pagi ahad saya di Bremen benar-benar bermakna. teringat Frank yang rajin menyapu mentega untuk saya.
petang-petang jika di Oldenburg pula, saya ke bandar bersama Omar dan James, rakan seuniversiti. hanya beberapa minit berbasikal dari rumah, Omar dan James membawa saya tour ke seluruh Oldenburg. pernah kami berbasikal sejauh dua puluh kilometer semata-mata kerana mahu melihat senja di Kreyenbrück. sebuah kawasan lapang yang terletak di pinggir Oldenburg. tumpuan untuk berkelah dan jalan-jalan. cantik. sangat cantik.

terasa Oldenburg benar-benar memberi saya kehidupan. di sini anda bebas- bebas sebebasnya. punya pelbagai bentuk kemudahan. meskipun masyarakat Germany agak konservatif (kebanyakkan dari kalangan warga emasnya masih mengamalkan adat lama), namun mereka maju dari segi teknologi.


*"MOIN" bermaksud "selamat pagi" atau boleh juga diguna pakai sebagai ganti "HAI".
namun setinggi-tinggi saya terbang, adakalanya susah juga jika baru nak berjinak-jinak di negara orang. bohong jika saya katakan sekilas pun saya tak teringatkan Malaysia. hanya Tuhan yang tahu betapa saya rindukan suasana dan kehidupan di sini melebihi dari apa yang saya lalui di Germany. mujur ada kak sam dan AM saya yang rajin juga menelefon sesekali- bertanya khabar dan mengubat rindu (selain dari kena bebel- haks!). hakikatnya saya mungkin setuju dengan pepatah hujan emas- betapa ia benar-benar mengajar kita menghargai asal-usul dan berpijak di bumi sendiri.
oh, ya. selamat datang diucapkan kepada Nazri dan Irwan (yang dalam perjalanan sekarang ini)- dua rakan bloggers saya dari Miri dan Temerloh ke Pulau Pinang. sungguh saya tak sangka mereka menerima pelawaan saya untuk datang berlibur di sini. saya pasti anda akan mengalami pengalaman yang indah selama di sini.
jumpa lagi!
stabuxguy.
1 comment:
Special Thanks yang tidak terhingga kepada Kash and Kak Sam for everything sepanjang kami di sana.. We had really great vacation in Penang... Tidak tahu macam mana lagi mahu di ucap kan, selain dari Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih yang tidak terhingga.... Hope to see you again..
Post a Comment