Friday, October 24, 2008

Taman Mini Kash

Ada cerita baru dari laman di bilik saya. Biarpun dah berbulan-bulan saya beli batu-batunya, namun baru beberapa hari lepas punya masa untuk mereka-reka.

Kasihan melihat anak-anak pokok saya (tak bersiram dari dari cuti raya). Nasib baik masih segar semuanya (survive macam tuannya- hahaha!).

"Feeling-feeling Bali kah?". Balas seorang teman sebaik saya mms gambarnya.

Sempat juga saya zoom telefon tangan ke poolside di tingkat bawah. Ingatkan nak turun mandi malam ini tapi terlupa ada date dengan MB untuk menonton Mamma Mia di Gurney Plaza.

Ada yang sudah tonton filemnya? Bagaimana?

Budak Kopi - Tak sabar nak tunggu kad kahwin Ieja, teman lama saya di Kuala Lumpur. Lama kami tak jumpa. Tup-tup dah nak kahwin rupanya. Tahniah ya!

Facebook Dan Teman-Teman Saya

Duh, saya garu kepala tanpa henti. Begitu banyak gambar, dari rupa yang begitu, sehingga begini- bisa buat saya pening jadinya. Bukan berbelas-dua, tapi makan beratus-ratus!

Buat pertama kalinya Facebook memberi sebuah 'kehidupan' baru kepada saya. Membaca komen Sarah, satu-satunya gadis manis (selain Suzana) dalam hidup saya buat pagi saya berseri-seri. Ya, Sarah barangkali benar. Tak lama sahaja lagi. Sabar ya, Kash. Saya akur- suka atau tidak, hidup mesti terus. Itu yang terpaksa saya telan.

Sarah - sempat pose di muka pintu sebelum balik dari open house di rumah AM minggu lalu.

"Nanti kita pi Janda Baik or Perhentian sesama ya... kita ajak AM sekali...". Kata-kata Sarah mengubat hati saya.

Aidit- dejavu katanya pic ni. Setelah hampir dua tahun tak bersua, Aidilfitri baru-baru ini kembali menemukan kami.

"Semoga keakraban kita kekal walaupun cuma magis FB dan blog yg dapat mendekatkan kita." Perenggan yang mudah oleh Aidit, seorang lagi sahabat saya, namun ertinya jauh menerobos ke dasar. Begitu bermakna.

Sedar atau tidak, Facebook menjadi jambatan mendekatkan saya dengan teman-teman, baik di dalam dan luar negara. Ianya cepat, menyeronokkan dan bisa menjadikan pertalian kami lebih akrab biarpun hanya 'bertemu' dan bergurau-senda di alam maya.

Terus-terang, laman ini bukanlah kegemaran saya awalnya. Sedikit bercelaru dan agak berserabut. Lebih senang melayan Myspace (yang telah saya kenal sejak awal 2004).

Facebook bagaimanapun telah memberikan saya sedikit idea sebenarnya. Saya kini dalam proses mengumpul kembali gambar-gambar lama sedari tahun 2004 hingga sekarang. Lucu juga bila melihat kembali wajah-wajah sendiri dan teman silih berganti. Ada yang sempat saya menelefon dan bertanya khabar (sejurus melihat gambar mereka).

Gambar di Teluk Intan, kampung si Icky.
\
"Hey, apa khabar? Ingat lagi ke Pangkor? Tasya terpaksa bertudung mahu masuk ke muzium waktu singgah di Teluk Intan?", pecah tawa saya dan Rizal, yang kini menjawat jawatan sebagai penyampai berita di Awani.

"Nanti e-mail kan copy-nya ya. Mahu simpan- kenangan!". Rizal masih mesra, seperti dulu-dulu.

Saya dan Ardly (mana hang ek? Lama tak dengar citer)- sempat bergurau sementara encik A merakam foto kami sewaktu di PD.

Sempat juga saya menghubungi encik A (tiada dalam gambar), oh- jika anda pembaca awal Catatankash saya pasti anda tahu siapa dia- "Lucu ya! Kamu kurus sekali waktu itu. Baju pink! Ya, waktu ke PD- jalan-jalan di waktu senja."

Saya masih ingat beberapa keping gambar yang dirakam oleh encik A, wartawan ekonomi Berita Harian ini memang berbakat. Itu kelebihan berkerja di akhbar barangkali.

Siapa lagi? Oh, ada beberapa nama yang terpaksa saya rahsiakan di sini. Ops! Saya telefon pula si Karl (atau nama barunya Kimora Hilton), teman terapat.

"Ingat waktu mahu ke parti malam tu? Memasing gigih bersiap kat rumah AM."

"Ya! Ya- Aidit dan Neo pinjam baju you-".

"Hahaha- you pun dress to kill ya. Ingat baju celoreng-celoreng tu? Siap ngan rantai bagai. rambut pun masih panjang!".

Kami gelak berdua di corong telefon.

Memang life dua-tiga tahun lepas hanya tahu seronok-seronok. Graf paling atas dalam hidup saya. Yup! Tapi itulah yang memberikan saya dan anda memori sebenarnya. Mengenang kembali momen-momen berkenaan, bisa buat saya tersenyum sendiri berkali-kali.

Ok, itu cerita pagi saya.

Petangnya, barangkali berkat melihat gambar-gambar lama, hati saya kembali berkobar-kobar untuk ke gym. Hah- rutin yang hampir dua bulan sudah saya abaikan. Ya, pelbagai agenda menarik November hingga Januari 2009 menunggu saya. Harus tampil 'lebih yakin', gurau saya kepada seorang teman.

Masih ingat insiden Bunga-Ashraff di Pantai Kuta?

Oh, bukan.. bukan... saya bukan mahu menjadi Bunga! Hahaha. Cukup sekadar pasangannya sahaja. Hey, Aidit kamu gelak ya! Itu motivasi saya- ops, matilah pecah rahsia!

Kita tunggu sahaja ya.

Budak Kopi.

Wednesday, October 22, 2008

Khabar Dari Bali

Pernah ke Bali? Apa yang istimewa?

Barangkali itu persoalan yang sering bermain di minda anda sekalian. Hampir setiap tahun juga (jika berpeluang) saya pasti tak lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Pura ini. Peluang sekali lagi baru-baru ini (urusan kerja) membawa saya buat pertama kalinya untuk tinggal bermalam di Sanur.

Sebuah kawasan penempatan yang terletak di bahagian selatan (berhampiran Kuta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai-Denpasar).

Berbanding tempat-tempat tarikan lain, Sanur lebih sunyi namun sarat dengan aktiviti penduduk lokal yang unik dan tersendiri. Jika anda mahukan sesuatu yang berlainan, nah, Sanur barangkali punya apa yang anda inginkan- spa, ketenangan, pantai yang bersih, makanan yang enak-enak, hotel yang privasi namun pada harga dan ringgit yang berpatutan.

Banyak sebenarnya yang ingin saya berkongsi dengan semua namun dek kekangan waktu dan faktor menulis perlu masa yang panjang, saya paparkan sahaja seleksi gambar-gambar yang sempat saya pilih sendiri sepanjang berada di sana.

Mahu lihat lebih gambar-gambar menarik sepanjang trip saya ke sana? Sila klik photoblog baru (masih dalam peringkat beta) saya di sini ya! Jangan lupa bookmark. Terima kasih. :)

http://www.photoblog.com/stabuxguy/

Budak Kopi.

Monday, October 20, 2008

Rambut, Cincin Di Tangan Dan Sebuah Masa Depan

"Kash, what happened to your hair?"

"Aiyoo.. dah botak ke?"

Ramai yang bertanya. Tak kurang yang mula memanggil saya "si botak". Hahaha. Tak kisah la. Saya tak fikir panjang sebenarnya. Langsung terdetik terus aja ke salon berhampiran.

"Semua?". Tanya Purnama, orang yang bertanggungjawab memotong botak rambut saya.

"Ya, semua." Ujar saya tanpa ragu.

"Pasti ya? Kok tak menyesal nanti?". Saya geleng.

"Ganteng!*". Ayat pertama yang saya dengar dari mulut Purnama sebaik kerjanya selesai.

*Ganteng (Bahasa Indonesia) = Kacak/Handsome

Hampir dua minggu gaya 'botak' ni saya bawa ke sana-sini. Terasa ringkas dan benar-benar "saya-tak-perlu-fikir-apa-apa-lagi".

Minggu lalu sekali lagi saya turun ke Kuala Lumpur. Selain 'mengubat kerinduan', juga bagi memenuhi beberapa jemputan rumah terbuka teman-teman yang tinggal di serata KL.

Gambar masa open house kat rumah AM Sabtu lepas- sila abaikan 'pemandangan belakang' tu ya...

Terima kasih kepada yang menjemput. Ted, AM, Karl, Andre- pada yang tak sempat untuk saya kunjungi, maaf saya pinta. Kesuntukan waktu yang mengekang, selain faktor perut yang kekenyangan. Ada rezeki, tahun depan kita jumpa lagi ya-

Kembali ke Pulau Pinang, tempat saya sekarang bukanlah sesuatu yang menggembirakan namun saya senang di sini. Jauh dari kehidupan di kota, kawan-kawan. Jika ada pun Starbucks Coffee atau Borders di sini, perasaannya tidak sama. Peluang bersama anda-anda, teman-teman saya selama beberapa hari saya di Kuala Lumpur, selain mengenali beberapa orang rakan baru- Shain (WenKT), Toby (Rudy), Ewan (Ted) dan Syam (Irwan) buat saya terfikir sejenak, "Oh, masih ada 'kehidupan' buat saya di KL rupanya". Diterima malam itu di kalangan teman-teman buat saya sedikit terharu.

Kehadiran Aidit, Alif dan Siddiq serta Helmi, (antara teman-teman rapat saya) juga buat saya sekali lagi terkenang zaman-zaman kemeriahan dan 'seronok-seronok' sewaktu di KL. Seronok maksud saya di sini bukan tearah kepada maksud-maksud negatif sahaja, kami melepak, minum-minum kopi dan berbual di Starbucks, Dome KLCC (mahupun di mana sahaja), masak-masak dan jemput kawan-kawan di hujung minggu, keluar menonton wayang beramai-ramai ataupun konvoi ke Port Dickson jika punya kelapangan. Itu seronok yang saya maksudkan.

Kesal? Ah, tidak juga.

Itu harga yang perlu saya bayar sebaik membuat keputusan untuk berpindah ke mari.

Awalnya, saya gembira. Terlalu gembira. Selain faktor membawa diri (saya sedikit terluka waktu itu) saya juga punya satu misi di sini. Antara kerjaya dan masa depan, sekembalinya dari Germany, saya tekad memilih Pulau Pinang sebagai destinasi untuk saya membentuk jati diri dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terlalu susah untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Saya bukanlah seorang yang kuat namun apa yang saya harungi hari ini, saya pasti, bakal memberikan saya sesuatu yang berharga sebagai bekal untuk saya tempuhi pada waktu mendatang.

Dan, oh- jika ditanya apa yang paling menggembirakan saya saat ini, saya pasti yakin seraya tersenyum dan berkata, "Dia!".

Saya pandang cincin BVLGARI di tangan. Sebuah masa depan berada di genggaman.

Budak Kopi.

Friday, October 17, 2008

Coklat Stroberi

"Ikut teoriku. Coklat-stroberi. Coba jadikan dirimu seperti coklat. Walaupun rasamu sebenarnya adalah stroberi."

Hahaha! Anda faham?

Maksudnya, jika sebanci* mana pun kamu, tunjukkan pada umum yang kamu juga seperti lelaki normal.

Agak keras bunyinya bukan?

*banci = lembut

Antara petikan dialog dari filem "Coklat Stroberi" yang baru saja saya tonton di DVD malam tadi. Biarpun runutnya telah saya beli setahun yang lalu, namun baru kali ini baru saya berpeluang menonton keseluruhan perjalanan ceritanya.

Key dan Citra, sementara Nesta dan Aldi- empat teman serumah yang terpaksa membahagi hati dan perasaan. Antara memberi dan menerima, cinta baru yang benar, sementara meninggalkan sebuah hati yang terluka.

Plot

Akibat tiada wang untuk membayar sewa, Key dan Citra terpaksa akur dengan kehendak tuan rumah mereka untuk membawa masuk dua penyewa baru. Sebaik mengetahui keduanya adalah lelaki, mereka tiada pilihan sementelah keduanya juga masih menuntut di kolej.

Biarpun tidak disenangi Citra, Key mula menyimpan perasaan terhadap Nesta tanpa mengetahui 'rahsia sebenar' keduanya. Nesta yang juga hanya ingin berpura-pura (demi menutup kepincangannya bersama Aldi) akhirnya terpaksa akur dengan perasaannya sendiri yang dia juga telah jatuh cinta terhadap Key.

Konflik bermula sebaik Aldi mengetahui hubungan Nesta dan Key. Mereka mula berantakan.

Namun cinta itu tak bisa dipaksa bukan? Lebih baik melepaskan dari terus saling melukai.

Aldi akhirnya melepaskan Nesta untuk mencintai Key.

Emosi saya mula bermain di saat ini. Dek kerana geram dengan keegoaan Nesta (ah, lelaki sering digambarkan begitu bukan?), saya berkeputusan untuk berpihak kepada Aldi. Dan, oh- terima kasih kepada Citra- anda rupanya penyelamat. Buat saya senyum sedikit di pengakhiran cerita.

Lucu juga bila melihatkan si Fauzi Baadilla dengan sportingnya melakonkan watak lelaki banci yang bertindik sana-sini.

Kisah yang mudah (dengan tema yang berat) tapi mampu memberi saya kesan emosi yang bukan sedikit. Bersama lagu latar yang begitu mengesan, setiap babak menjadi warna antara empat sahabat yang juga menjadi peran perdana filem ini.

Menarik juga, selain kemunculan Ungu (yang bermain sebagai live band di restoran Key berkerja), juga penampilan khas Fauzi Baadilla (lelaki bertindik yang juga rakan sekerja Citra di butik), Luna Maya (aktres dari Love kegemaran saya!) dan ramai lagi.

Saya tak pasti salinannya ada di jual di Malaysia. Jika punya teman-teman ke Jakarta, nah, kirim aja ya!

Budak Kopi - Suka 'coklat stroberi' beli di KLCC... yummyy!

Monday, October 13, 2008

Raya Situ Sana Sini Kash

Raya, raya-0 raya! Mana saya menghilang? Lama juga tidak menulis apa-apa di sini. Dari berambut hinggalah ke bo- ops, nanti dulu ya. Kita simpan itu dulu di akhir-akhir gitu. Kasi suspen katanya.

Ya, mana saya menghilang? Raya bagaimana, Kash? Gembira? Meriah di kampung ya?

Ada yang fikir saya sakan beraya sampai lupa dunia. Hahaha! Boleh jadi juga. Erm. Bukan, saya bukanlah seorang yang gila beraya- saban tahun lebaran saya simple sahaja. Banyak berhabis untuk orang-orang sebenarnya. Diri sendiri- seadanya sahaja. Dah tua-tua macam ni, mana lagi seronoknya. Lagikan kanak-kanak juga sudah agak bosan saya kira. Raya sekarang pasti dicop mahu duit sahaja kerjanya. Mana-mana si Kak Yam, Kak Timah*- "alah, kanak-kanak. Minum air ajelah. Nah, jamah aje lah biskut atas meja tu ya!."

*maaf- bukan nama sebenar

Layan umpama kelas ketiga.

"Wangnya mak cik? Alah kedekut betul mak cik rumah sebelah tu, kasi seringgit aja!".

"Jom kawan-kawan, pegi rumah mak cik si polan-si polan tu, dia kasi wang banyak. Adikku sudah dapat limaaa ringgit!".

"Tunggu, rumah sana tu lagi banyak. Tadi pagi dia kasi aku sepuluh ringgitt!".

Pesta duit raya. Lumba-lumba siapa dapat wang paling banyak.

Anngap sahaja sedekah. Jangan selalu mengomel. Rezeki yang diberi tidak bagus jika menjadi bahan cerita. Sia-sia sahaja pahala.

Saya? Duh, beri semampunya sahaja.

Oh, sungguh bosan rupanya raya kali ini. Terpaksa bertoleransi dengan banyak perkara. Dari peristiwa terlepas penerbangan pulang- dua hari sebelum raya (nasihat saya, jika anda telah membuat booking berbulan-bulan lamanya, harap segera menyemak jadual terkini ya!) hinggalah ke masalah (kami) adik-beradik yang terpaksa 'melambung dadu' (nak raya rumah siapa) tiap kali menjelang raya. Bukan senang jika anda wujud dari kalangan broken family.

Sarah dan saya- si manis yang title-nya masih menjadi tanda tanya. Antara foto 'hari raya' kegemaran saya.

Dari Kelantan, saya singgah di KL (untuk beberapa hari). Mujur punya teman-teman yang bisa memahami. Kami sempat makan-makan (gathering) seadanya sementara saya mempunyai rencana lain untuk beberapa hari akan datang. Was-was untuk pergi kali ini- namun perasaan saya kuat berkata,"Cuba aja. Untuk kali ini saja. Tiketnya pun sudah ada. Minimakan sengketa, banyak sabar. Insyallah-". Seorang teman menasihati, "Kamu lebih kuat. Butakan telinga." Saya pandang si dia, tidak berkedip. Cuba menghabiskan beberapa suap rendang di meja.

"Mahu nasi himpitnya?".

"Please, itu tidak lucu ya!". Saya cubit dia, perlahan.

Raya yang berbaur saya kira. Kalau dari grafnya, bisa diistilahkan menurun mendadak, pertengahan lalu melonjak setinggi-tingginya sebelum kembali mendatar di paksi mula. Ada suram, suka dan balik kepada sebuah perasaan yang biasa.

Oh, btway, saya sudah botak! Ya itu rahsia- jangan bilang sama siapa-siapa ya.

Selamat Hari Raya Minggu Ketiga!

Budak Kopi.

Saturday, September 27, 2008

Pra-Raya Di Paris...

Seawal jam sebelas pagi, selesai segala urusan, saya memandu bersama MB ke Perlis. Perlis atau 'Paris' (istilah yang digunakan MB bagi negeri kelahirannya) bukanlah asing bagi saya. Sejak zaman sekolah saya sudah biasa ke sini. Dua tahun di Beseri, buat saya betah- ke Padang Besar, Pekan Kangar, sesekali terlepas juga outing ke Alor Setar. Ah, teringat abang-abang senior sering memesan 'nasi ganja'. Ada sesiapa pernah cuba? Enak!

Sejak berhijrah ke Pulau Pinang awal Januari lalu, sudah beberapa siri juga saya berkunjung ke Perlis. Selain datang melawat Tok Su, nenek saudara kepada MB, jangan tak percaya, laksa kuala dan pulut ayam di Padang Besar antara faktor yang sering menambat kami untuk sering ke mari. Hanya tiga jam memandu, terasa Perlis-Pulau Pinang tersangat-sangatlah dekat.

Apapun, kedatangan saya kali ini sedikit berbeza dengan kunjungan-kunjungan sebelumnya. Selain dari niat untuk menemani Tok Su berbuka (sebelum pulang beraya di Kelantan), saya juga ingin merasa sendiri suasana menjelang Hari Raya di Perlis. Ralat sebenarnya tidak dapat beraya di sini, berkali-kali Tok Su seakan meminta saya berhari raya di Perlis, sementelah saya juga rapat dengan keluarga MB dan Tok Su.

Oh, ada peristiwa lucu sebenarnya berlaku semalam (sebaik kami tiba). Sebetulnya saya dan MB merahsiakan kedatangan kami kepada Tok Su. MB hanya menelefon Mak Ngah (anak Tok Su) sejurus sebelum kami bertolak. Itupun hanya untuk memastikan Mak Ngah tidak membawa balik Tok Su ke Alor Setar (Mak Ngah menetap di sana).

Sengaja untuk membuat kejutan (saya memang suka bergurau), kami ke Sg. Baru (kawasan penempatan nelayan) dulu untuk membeli ikan segar (baru naik dari laut) untuk dimasak malamnya.

Dari Sg. Baru, kami gerak pula ke Bazar Ramadhan yang terletak di perkarangan Stadium Kangar. Nak dijadikan cerita, kami bertembung kereta Mak Ngah di sana. MB dah siap gelak-gelak (sebab Mak Ngah dah perasan kereta dia juga). Saya dah gelabah sebab baru saja habis text ucapan Raya buat Mak Ngah dan Tok Su.

"Sorry Mak Ngah, Kash tak sempat jumpa dan beraya bersama tahun ni. Selamat Hari Raya to you!!".

Terus tak jadi kejutan yang kami rancang. Duh!

"Hah, itulah hangpa. Nasib baekk... buat lagi cerita kelakar seram. Nasib baik jumpa kat stadium. Kalau tak Mak Ngah dah angkut Tok Su ni pi balik Alor Setaq!".

Semalam juga, sebaik habis terawih, saya ajak MB dan Tok Su ke Pekan Kangar untuk membeli pelita dan lampu lip-lap. Gigih mencari dari satu kedai ke satu kedai, siap kedai basikal pun kami intai, mana la tau kot-kot ada dijual gak. Last-last dapat la jugak kat satu kedai ni, punyalah banyak kami beli, dekat selori gitu... hehehe takder la, 3 plastik je. 1 plastik ada 10 biji pelita. So kami ada 30 biji pelita now. Yippie! Waahhh harus terang-benderang rumah Tok Su menjelang malam raya nanti. MB sempat sambar lampu lip-lap juga untuk rumahnya di Penang.

Balik dari pekan, MB ajak pula keliling kampung untuk lihat-lihat rumah-rumah yang dipasang pelita sebelum kami singgah untuk sesi makan-makan di gerai Bang Li yang terletak tak jauh dari rumah. Saya order teh ais dan mee goreng (macam biasa, tanpa sayur+kering) sementara MB dan Tok Su berkongsi tom yam. Memang cung isteri Bang Li masak. Pertama kali MB bawak saya makan kat sini. Takpe, next time boleh datang lagi. Tengah makan, terbayang kerang rebus, segala macam spesis kuih-muih kat rumah yang belum disentuh. Duh, sah membazir. Puasa, puasa juga. Berapa banyaklah yang nak diisi- perut kami cuma bertiga.

Balik rumah, MB tolong saya pasang pelita. Kerjanya tak la rumit sangat, mudah je. Takat sumbat-sumbat sumbu dia masukkan dalam lubang sumbu tu, lekatkan pada pelita dan masukkan minyak tanah, pastu nyalakan- siap!

Saya letak sepanjang pagar utama. Terasa best pula raya kali ni. Pertama kali saya rasa seperti menyambut raya di kampung sendiri.

Sempat juga saya seloroh pada MB, "Rasa macam kita raya bertiga pula ek!".

Apapun saya harus pulang ke Pulau Pinang hari ni. Ada sedikit kerja lagi mahu diuruskan. Ahad besok adalah hari terakhir persiapan (kemas-kemas barang dan sebagainya) sebelum bertolak balik ke Kelantan pada hari Isnin. Penerbangan saya dari Pulau Pinang (terus ke Kota Bharu) ialah pada jam 12.40 tengahari.

Ada yang sudah tiba di kampung ya? Pada yang memandu, terutama sepupu-sepupu saya, berhati-hati di jalanraya. Kita jumpa di Tanah Merah ya!

Cuti saya :-

29hb September-5hb Oktober : Tanah Merah, Kelantan
5hb-8hb Oktober : Kuala Lumpur

Stabuxguy

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...