
"Ikut teoriku.
Coklat-stroberi. Coba jadikan dirimu seperti coklat. Walaupun rasamu sebenarnya adalah stroberi."
Hahaha! Anda faham?
Maksudnya, jika
sebanci* mana pun kamu, tunjukkan pada umum yang kamu juga seperti lelaki normal.
Agak keras bunyinya bukan?
*banci = lembut
Antara petikan dialog dari filem "Coklat Stroberi" yang baru saja saya tonton di DVD malam tadi. Biarpun runutnya telah saya beli setahun yang lalu, namun baru kali ini baru saya berpeluang menonton keseluruhan perjalanan ceritanya.
Key dan
Citra, sementara
Nesta dan
Aldi- empat teman serumah yang terpaksa membahagi hati dan perasaan. Antara memberi dan menerima, cinta baru yang benar, sementara meninggalkan sebuah hati yang terluka.
Plot
Akibat tiada wang untuk membayar sewa,
Key dan
Citra terpaksa akur dengan kehendak tuan rumah mereka untuk membawa masuk dua penyewa baru. Sebaik mengetahui keduanya adalah lelaki, mereka tiada pilihan sementelah keduanya juga masih menuntut di kolej.


Biarpun tidak disenangi
Citra,
Key mula menyimpan perasaan terhadap
Nesta tanpa mengetahui 'rahsia sebenar' keduanya.
Nesta yang juga hanya ingin berpura-pura (demi menutup kepincangannya bersama
Aldi) akhirnya terpaksa akur dengan perasaannya sendiri yang dia juga telah jatuh cinta terhadap
Key.
Konflik bermula sebaik Aldi mengetahui hubungan
Nesta dan
Key. Mereka mula berantakan.


Namun cinta itu tak bisa dipaksa bukan? Lebih baik melepaskan dari terus saling melukai.

Aldi akhirnya melepaskan
Nesta untuk mencintai
Key.

Emosi saya mula bermain di saat ini. Dek kerana geram dengan keegoaan
Nesta (ah, lelaki sering digambarkan begitu bukan?), saya berkeputusan untuk berpihak kepada
Aldi. Dan, oh- terima kasih kepada
Citra- anda rupanya penyelamat. Buat saya senyum sedikit di pengakhiran cerita.

Lucu juga bila melihatkan si
Fauzi Baadilla dengan
sportingnya melakonkan watak lelaki banci yang bertindik sana-sini.
Kisah yang mudah (dengan tema yang berat) tapi mampu memberi saya kesan emosi yang bukan sedikit. Bersama lagu latar yang begitu mengesan, setiap babak menjadi warna antara empat sahabat yang juga menjadi peran perdana filem ini.
Menarik juga, selain kemunculan
Ungu (yang bermain sebagai
live band di restoran
Key berkerja
), juga penampilan khas
Fauzi Baadilla (lelaki bertindik yang juga rakan sekerja
Citra di butik),
Luna Maya (aktres dari
Love kegemaran saya!) dan ramai lagi.

Saya tak pasti salinannya ada di jual di
Malaysia. Jika punya teman-teman ke
Jakarta, nah, kirim aja ya!
Budak Kopi - Suka 'coklat stroberi' beli di
KLCC... yummyy!
1 comment:
erm...
i wanna dis movie
Post a Comment