


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Teringatkan sesuatu?



Bersahaja, anggun dan vokal yang sungguh mengujakan- biarpun hanyalah sebuah persembahan showcase dan malam amal mengutip tabung bencana (gempa bumi di Padang baru-baru ini), impak kehadiran KD sungguh luar biasa. Serasa saya turut merasai apa yang dilalui diva dari Indonesia ini, kedukaannya, kesedihan hatinya, KD turut berkongsi dengan para fans-nya di Malaysia.
Pagi Sabtu, Ir kejut saya untuk bersiap. Hari ini kami akan membawa Zara untuk bersarapan di Pantai Dalam.

"Zara mahu sangat makan di kedai Kelantan awak tu. Nanti boleh lah kita ajak dia esok." Ujar Ir berkali-kali semalam sebaik kami pulang ke rumah dari menonton showcase KD.
Kami mengambil Zara di Damansara di rumah abangnya berhampiran Amani Terrace. Kali pertama bersua, orangnya kecil sahaja, pendiam tapi cute. Saya lihat Zara malu-malu untuk berborak.
"You should try nasi kerabu ni, makan ngan budu. Haha!", saran saya sebaik kami tiba di Anis Corner, restoran masakan Kelantan popular di Pantai Dalam.
"Tapi i allergic ngan nasi kaler-kaler...". Saya pandang Zara. Mukanya serius, lalu saya cadangkan dia mengambil nasi dagang.
"Jangan ambil banyak sangat, nanti you muak. Rasanya macam pulut, tak boleh makan banyak kalau tak biasa." Pesan saya sebaik melihat Zara telah mencedok nasi dagang ke dalam pinggan.
Memang lucu melihat Zara makan. Tak sangka gadis genit ni banyak jugak pantang larang.
Pagi itu kami turut disertai oleh Shasha, teman Ir sewaktu di universiti dulu. Lama tak jumpa Shasha. Biarpun Shasha tiba agak lewat, kami sempat berbual dan bertukar-tukar cerita.

"What time you musical theatre tu start?". Ir pandang saya seraya melihat jam.

Balik dari menghantar Zara, saya bergegas pulang untuk bersiap. Terima kasih ya Ir kerana menghantar saya ke IB. Nasib baik jalan agak lengang hari tu.
"Habis bagitaulah. Saya ke KLCC, mahu lepak-lepak baca buku di Kinokuniya-".
Cuci The Musical (CTM)


Saya gamam sebaik Adibah Noor menyanyi, aura diva di beberapa babak, di selang-seli dengan kemunculan bersahaja Vee (Vanida Imran) yang anggun membuat saya terpaku di tempat duduk. Anda bisa dengar dekahan ketawa penonton setiap beberapa saat sebaik para pelakon bersuara. Memang lucu!

Lima bintang plus-plus buat Hans Isaac selaku penerbit serta kru-kru terlibat. CTM sememangnya hebat!
Sungai Buloh dan Beli Pokok
Jika Jumaat dan Sabtu saya terisi dengan aktiviti-aktiviti bercorak hiburan, saya memilih untuk mengikut AM ke Sungai Buloh pada Ahadnya.
Kami ke sana bagi mencari pokok baru menggantikan pokok lama di dalam rumah yang telah mati. Tidak sukar ke Sungai Buloh, hanya beberapa minit mengikuti Lebuhraya Damansara dari rumah.
Kami sempat berhenti bersarapan di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pelbagai variasi pilihan makanan dan gerai di sini, dari restoran makanan segera hinggalah ke makanan panas tempatan.
Selesai mengisi perut, kami menyambung kembali perjalanan ke kebun pokok dan tanaman di Sungai Buloh.
Pada yang tak tahu, Sungai Buloh adalah 'syurga' bagi mereka gemar bercucuk tanam. Pilihan pokok dan tanaman yang pelbagai, dari yang bersaiz kecil hinggalah ke besar, sesuai untuk ditanam di halaman dan dalam rumah, juga bagi mereka yang memiliki kondo/apartment.
Hampir tiga jam juga kami menghabiskan masa di sini, mencari-cari pokok yang sesuai. Dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya saya memilih tiga jenis pokok untuk diletakkan di balkoni rumah serta depan pintu masuk.
Saya pandang AM. "Mana pokok abang?".


"Jom balik. Nak hujan."
"Ok, minum air kelapa dulu!".

Stabuxguy.