
Melarikan diri seketika (biarpun atas dasar berkerja) ke Port Dickson (PD) Sabtu lalu benar-benar memberi saya peluang untuk mencuri sedikit ketenangan.
Pelawaan Am, teman saya ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Sebetulnya Am meminta saya membantunya.
"Kawan I mahu sanding. You boleh ambil gambar kan?". Teragak-agak dengan permintaan Am, saya meminta untuk menelefonnya kembali.
"Bagaimana? Setuju?". Soal Am sebaik saya menelefonnya kembali setengah jam kemudian.
Dari Kuala Lumpur, kami hanya memandu berdua ke PD. Agak lewat sebenarnya, masing-masing punya hal untuk dibereskan.

"Kita check in di sini dulu, get rest- tunggu kawan-kawan I sampai. Besok baru kita ke Rembau." Saya berkira-kira seketika, tidak pernah terfikir suatu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke Rembau.
"You lapar? Jom cari food dulu. My friends baru text, mereka lambat lagi." Kami ke kereta dan pandu ke Bandar Port Dickson.

Jika tidak kerana hubungan sosial yang terjalin di Facebook, dan kesungguhannya meminta bantuan saya, pastinya Am dan saya masih hanya bergelar kawan di talian.
Paling seronok kerana kami mempunyai banyak persamaan. Sikap Am yang sedikit manja dan keanak-anakkan, ditambah perangai gila-gilanya itu memang kena dengan saya.
Persandingan Emi dan Yani.

"I know you can do well, Wan...".

Majlis berjalan dengan agak baik dan lancar. Biarpun penat berpeluh dan berkejar ke sana-ke mari, namun saya gembira. Banyak pengalaman berharga dapat saya kutip sepanjang hari. Lebih menggembirakan dapat berkenalan dan melihat pelbagai ragam manusia dan tetamu.

"My parents pun kenal keluarga Emi ni. Kami satu sekolah dari kecil lagi." Saya angguk mendengar info dari Am. Patutlah, ujar saya tersenyum dalam hati.
Habis majlis, saya dan Am kembali memandu ke PD. Saya mengambil peluang untuk berbual dan beramah mesra dengan rakan-rakannya di chalet pula.

Hampir malam. Kami membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
"I ada hal esok pagi kalau tak boleh lepak PD sehari lagi."
"It's ok. I pun ada birthday party my cousin esok."
Am menghantar saya pulang ke Kuala Lumpur.
Kepenatan, saya langsung tertidur. Mujur juga telah mandi sebelum bertolak tadi.
Ahad, 16 Ogos, 2009.
Puas tidur, saya bangun sambil tersenyum sendiri. Masih terbayang momen-momen di PD dan suasana majlis perkahwinan Emi dan Yani. Seronok. Seakan tidak puas bersama Am dan rakan-rakan.
Habis mengelamun, saya ke bilik air, cuci muka dan gosok gigi. Dah lama tidak rasa gembira macam ni.
Saya ke dapur, cukup bersarapan jus oren dan epal, saya berkira-kira mahu ke KLCC- gym, jalan-jalan sambil-sambil boleh mencari hadiah yang sesuai buat si cilik Nabil, sepupu saya yang comel. Teringat yang dari minggu lalu Kak Long saya memesan, "Jangan lupa 16 haribulan... datang rumah Along, ada buat makan-makan birthday Nabil."
Habis gym saya ke Kinokuniya. Pantas ke rak siri The Ladybird, saya memilih-milih beberapa buku yang menarik. Saya mencari-cari siri Peter and Jane. Hah, dapat pun. Belek punya belek, saya tertarik dengan dua buah naskah dari siri yang sama. Pantas ke kaunter untuk membayar harga, saya meminta petugas kaunter membalutnya sekali.

Teringat yang Bil-Bil (panggilan manja Nabil) suka menonton Ben 10, saya ke bahagian permainan kanak-kanak di tingkat dua Isetan.
Takpe, buku boleh buat baca, mainan as a bonus. Saya ambil jam Ben 10 untuk Nabil dan patung Barbie untuk Aisy. Ralat pula jika tak membeli apa-apa untuk Aisy, sepupu saya yang seorang lagi tu. Nanti terkebil-kebil dia melihat Nabil banyak dapat hadiah.


"Hah, kena salam dulu baru dapat hadiah!". Pantas Nabil menyalam saya. Rindu juga lama tak jumpa si comel nih.

"Mana Aisy, tak sampai lagi?".
"Kak Ngah masih dalam perjalanan. Kejap lagi sampai la tu...". Saya angguk. Ternampak hidangan kek Ben 10 dan nasi dagang di meja, saya terus mengambil pinggan. Lapar. Masih belum makan tengahari katanya.
Nabil seronok duduk di sebelah menemani saya makan. Saya melayannya berbual. Makin kaletah budak ni, desis saya. Terlihat Naim yang juga semakin galak dan nakal, ikut jejak langkah abangnya ini.

Hmm, seronok jadi budak-budak ni kan?
Stabuxguy.
6 comments:
mmg seronok jadi budak...
**mengimbas zaman kecik2**
nk satu patung barbie... hihihi
lm x singgah cini.. byk prubahan.
kash, pls accept my fb
minggu yg indah... ;)
Happy ramadhan , kash
meriah la tgok pngntin hehehe
pergh...memang stylo pakai 70-200 tuh...
geram tgk deyh!!!
Post a Comment