Wednesday, November 12, 2008

Catatan Libur Di Kuala Lumpur Bhgn. 1

Petang tadi saya terkocoh-kocoh menyiapkan kerja-kerja akhir projek. Ralat sana-sini, panik juga. Jam enam sudah harus berkejar pulang ke rumah, ambil beg, mandi (kalau sempat) dan terus ke lapangan terbang.

Memang saya tak cukup tidur dua, tiga hari ini. Terkejar-kejar- penat!

Dalam perjalanan, handphone berbunyi. Tertera nama Ir di skrin.

"Di mana?", soal saya, ingin tahu.

"Chillies, KLCC. Ada perjumpaan kawan-kawan di sini."

Gambar mms dari Ir..

"Wanita bertudung awak tu pun ada!", seloroh Ir. Riuh kedengaran di hujung gagang. Saya tersenyum sambil-sambil melihat mms yang dikirim serentak.

Teringat jenaka saya kepada Shasha di Facebook Acai minggu lalu.

"Taste wanita bertudung!". Perenggan yang menjadi usikan Ir tiap kali nama Shasha disebut.

"Zalina juga ada?". Saya sedikit teruja. Gadis Seremban yang datang membawa kamera.

Baru sahaja bergelar tunangan orang (duh, melepas saya!), saya dan Zalina paling banyak berbual sewaktu makan-makan di rumah Aritha puasa lalu. Dari hal kamera (Zalina membawa DSLR Canon tak silap saya) hinggalah ke perbualan biasa.

Sayang saya masih terkandas di sini. Sesekali mengerling jam. Terasa begitu lambat pengumuman waktu berlepas dibuat.

Bosan menunggu, saya langsung membalas e-mel Acai di laptop- darihal perkahwinan adiknya di Sungai Petani hujung November ini, hinggalah ke rancangan 'bermain air' hujung minggu di Sunway Lagoon sabtu nanti.

"Kash, jangan lupa! I dah book you jadik photographer kat wedding tu nanti ya!".

Jumaat, 7 November 2008.
Rumah AM,
Desa Petaling, KL.
8.27 pagi.

Saya tersedar sebaik AM sedang bersiap-siap mahu ke tempat kerja. Terpisat-pisat, saya laju ke bilik air. Sudah lama saya tidak merasai suasana sebegini. Bangun awal pagi, perkara pertama yang akan saya buat ialah mengadap jendela (bilik saya menghala ke Lebuhraya Seremban).

Sempat juga (kadang-kadang) saya menyiapkan AM sarapan sambil berbual-bual (selalunya berkaitan rancangan saya untuk hari itu).

"Apa plan? Gym? Kolej? Mahu pakai kereta?". Itu antara soalan-soalan lazim dari AM pagi-pagi.

Paling rutin, saya akan mencium tangan AM sebelum dia ke pejabat. Itu yang paling saya rindu.

Tiba dari airport malam tadi juga, kami sempat berbual-bual di bilik saya. Bertukar khabar dan cerita sebelum masing-masing mengucapkan selamat malam.

Biarpun AM bukanlah seorang yang gemar berterus-terang, namun jauh di sudut hatinya, saya faham, selama kami tinggal bersama, sedikit-sebanyak dia juga rindukan kehadiran saya.

Tengahari, saya menelefon Sarah. Lama juga tidak bertemu dengan si manis ini.

"Pah, kat mana? Mahu jumpa. Lunch sama?".

"Sett! Yam kat mana? Pah kat ofis lagi ni-". Hahaha! Itu bahasa kami-kami je tau. Komunikasi setiap kali bersms dengan Sarah.

Sesi minum lite-lite dan berborak bertukar jadi sesi makan tengahari akhirnya...

Saya ajak sarah minum di Avenue K. Ada Secret Recipe di situ. Selain tersorok, sedikit privacy. Kebetulan saya membawa beg. Menunggukan Ir, petang nanti langsung mahu ke Temerloh pula.

Dua jam lepak bersama, masing-masing tak puas bercerita.

"Pah kena naik dah. Enjoy weekend dengan Irwan and the rest ya! Jangan nakal-nakal tau!".

"You too! Selamat bercuti-cuti Malaysia kat Cherating!". Kami berpisah di situ. Sarah akan ke Cherating petangnya.

"You okay?", tegur Ir yang baru tiba kemudiannya. Saya senyum sebelum mengangguk perlahan.

"Okay cuma sedih sedikit. Entah bila pula dapat jumpa Sarah."

"Jangan macam tu. Now you ada me and Su. Jom, Su dah tunggu tu. Kata nak lunch sama kan?". Teringatkan Suzana, hati saya sedikit terubat. Sesekali pulang ke Kuala Lumpur, beginilah- saya terpaksa membahagi-bahagikan masa sebenarnya. Jumpa kawan-kawan (mana yang sempat), itupun sekejap-sekejap.

"Hey, Su! Sorry lama tunggu-".

"Heisy, korang nih! Mana pegi- sib baik aku pun turun lambat tadi. Jom makan, perut pun dah laparrr!". Hah, si Su ni kalau bab makan... dia nombor satu...

Nak rasa?

Kami ke The Apartment tak jauh dari situ. Hampir terlupa saya ulangtahun Suzana minggu lalu. Sempat Ir sms saya sewaktu ke kereta untuk mengambil kamera.

"Saya order kek. Jangan bagitau Su!".

Saya pasti Suzana gembira. Sekurang-kurangnya saya mahu dia tahu, ada juga teman-teman yang bisa menghargainya.

"Happy birthday to youuu!!". Nyanyi kami beramai-ramai sebaik kek tiba. Tambah bermakna apabila majlis kecil ini juga disertai oleh beberapa orang sahabat kami yang lain- terima kasih Shasha, Zalina, Regina (sorry, i lupa masa mula-mula salam!) dan dua orang lagi teman Ir sewaktu di UTP.

Saya senyum melihat Suzana. Hari ini hari dia, besok-besok hari saya pula.

Budak Kopi.

Wednesday, November 5, 2008

Esok Yang Indah

Minggu yang agak kelam-kabut buat saya- terkejar sana-sini, tekanan terkadang buat saya tidak tentu arah juga. Mana nak kejar dateline, urusan itu, ini- berpeluh naik turun tangga.

Bimbang dicop 'tidak mampu menjalankan tugas', saya cekalkan hati. Harus kuat semangat. Sedikit sahaja lagi. Januari kian menggambit saya, selain aras usia yang semakin meningkat, ada sesuatu yang bakal menyinari hidup saya. Satu-satunya kekuatan saya.

Perkara yang buat saya positif pada diri sendiri.

Syukur segala-galanya beransur pulih semalam. Terbayang wajah MB (yang jauh di mata), sedikit kata-kata perangsang buat hari saya melangkah dengan penuh bergaya.

Ya, saya tahu saya bisa. Pesanan MB sebelumnya berkali-kali bermain di telinga, sering juga itu menyedarkan saya dari alpa.

Terbayang AM di Kuala Lumpur. Cukup sekali saya pernah buat dia kecewa.

Jika beberapa ketika dulu saya pernah mengulang kesilapan yang sama- ini satu-satunya peluang saya untuk menebus semuanya. Tiada dua, tiada tiga-

Manusia itu tidak pernah serik, bukan?

Hati terlayang seketika di Kota Bharu.

"Kamu tidak mahu balik ke sini lagikah? Kasihan ****, dia terlalu rindukan kamu." Saya telus wajah sugul nenek. Perlahan saya engsot ke ribanya.

"Saya sayang nenek. Kita jangan lagi cakap pasal itu ya." Ada air jernih bergenang di matanya. Saya menyeka perlahan.

Saya tidak berdendam dengan siapa-siapa, jauh lagi menyimpan benci. Hanya berkecil hati, mungkin. Tak apalah. Hidup saya hanya untuk diri sendiri dulu (sekurang-kurangnya). Biarlah mereka bahagia. Saya tahu mereka gembira.

Ada yang bertanya, "sampai bila ya?". Saya geleng. Tidak tahu. Oh, jikalah mereka tahu betapa saya benar-benar rindukan ****.

Hari saya- ada ketika saya di atas, dan ada waktu saya jatuh ke bawah. Biarpun hanya sezarah sisa gembira, sudah cukup buat saya tersenyum sampai ke telinga.

Hari ini, saya terus melalui hari-hari sebagaimana sebelumnya. Rehat yang sepuasnya (kerja-kerja yang hampir beres), menghitung untuk kembali (sekali lagi) ke Kuala Lumpur minggu ini buat saya tak sabar-sabar menunggukan penerbangan keesokkan malamnya.

"Nanti jangan lupa jemput saya di Subang ya!", pesan saya berkali-kali pada AM. Bimbang, takut terlupa.

Kelebihan- anda jika anda berada jauh (di mata orang yang kita sayang)- rasa hati, lebih disayangi, rasa jiwa, lebih bermakna.

Sentuh dada, tidakkah ia mempunyai sesuatu maksud yang istimewa buat anda?

Jumpa saya di KL hujung minggu nanti ya!

Stabuxguy a.k.a. Budak Kopi

Sunday, November 2, 2008

Cerita Pagi Yang Hujan

Hujan pagi menyedarkan saya. Renyai gerimisnya sedikit menyentakkan hati.

Ahad yang sedikit sepi. Sebuah penceritaan hidup yang saya tinggalkan, kesan emosi yang tidak berkesudahan sekali lagi menjerat saya di ruang waktu. Bangkit dalam keadaan yang kusut-masai, saya langsung ke kamar mandi. Meraup muka seadanya, melihat diri sendiri yang kusam di cermin. Sedikit keluhan terpancar, saya sendiri di sini- patah hati membawa ke dasar berkecamuk paling dalam.

Sms si dia turut meruntunkan saya. Saya tersepit. Andai saya mampu membahagiakan setiap hati di dunia, pasti akan saya percakan satu-persatu di setiap pelusuk jiwa. Di utara, di selatan, malah ke mana-mana- andai itu bisa buat tiada jasad yang akan kecewa.

Saya kembali ke meja, menaip rangkap-rangkap perkataan sementara menunggukan waktu untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih menimbun. Celaru juga memikirkan, mana satu untuk dimulakan.

Ah, sekole nescafe barangkali bisa buat saya tenang. Saya ke dapur- bancuh sendiri.

Hati sedetik bertanya- sampai bila saya harus bersendiri, begini?

Oh, pagi- bawalah saya pergi...

Friday, October 31, 2008

Jom Makan Di "Toilet"!

Dah hampir seminggu dan saya masih dalam mood Mamma Mia!. Lagu-lagunya tak henti terpasang, baik di telefon bimbit, komputer, pemain mp3 dan di ruang bilik sendiri. Paling saya gemar dua trek di belakang- "Voulez-Vous", nyanyian beramai-ramai (buat saya rancak menari) dan "The Winner Takes it All", solo dari vokal Meryl Streep.

Tak sangka ABBA mempunyai rangkaian lagu yang hebat-hebat (saya cuma arif "Dancing Queen").

Harus saya akui, saya adalah antara fans lagu-lama lama dari era retro. Percaya atau tidak, saya pendengar setia Light FM dan Sinar FM.

Paling suka mendengar radio di waktu malam (lampu suram-suram), di kala memandu di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur atau lebuhraya (pulang ke Perlis misalnya), pasti saya akan memutarkannya seminima mungkin. Sayu-sayup kedengaran-

Saya gemar begitu. Habit sejak dulu. Buat saya tenang dan relaks.

Saya dan dunia saya.

Oh, anda gemar menonton wayang? Hanya terdapat 2 panggung wayang berhampiran di kawasan saya (Bayan Lepas)- satu di Queensbay Mall (dimiliki oleh GSC) sementara satu lagi ialah di Bukit Jambul Complex (BJC).

Jika malas, saya ke BJC saja, tak perlu susah-susah nak beratur panjang atau mencari parking. Jika mahu window shopping atau makan-makan sekali, Queensbay adalah pilihan terbaik. Punya rangkaian restoran yang enak-enak dan tersohor (Chicken Rice Shop, Dome, Coffebean, Starbucks, Swensen's, Old Town, Secret Recipe dan banyak lagi).

Bercakap tentang makan-makan di Queensbay Mall, terdapat satu restoran yang konsepnya agak unik (boleh jadi juga pelik!) di sini. Jika selalunya saya gemar menikmati makan malam atau minum-minum di Starbucks atau Swensen's, semalam saya mengajak Max untuk mencuba Toilet Bowl Concept Restaurant yang terletak betul-betul bersebelahan GSC di aras 3.

"Kash, sini halal. See, ada "sijil" halal di sini!", ujar Max bersungguh seraya menunjukkan saya nota pengesahan halal yang tertampal. Hahaha! Mati la si Max cuba yakinkan saya. Bagus juga dia ni...

"Okay- we go jalan-jalan dulu lah. Wayang pun lambat lagi kan?". Masing-masing lihat jam. Ada hampir satu jam setengah sebelum Soul's Code, sebuah filem seram dari Thailand bermula.

Kami ke aras bawah- singgah di Esprit dan Topshop.

"Kamu mahu baju untuk Halloween Party bukan? Jom ikut saya. Kita ke tingkat atas!". Max tarik saya.

Ya, Halloween Party. Lupa mahu memberitahu.

It's not really a "party" actually. Cuma gathering ramai-ramai teman-teman si Max dari seluruh Penang. Kami akan menyewa sebuah penginapan di Batu Ferenggi Sabtu ini. Macam seronok. Peluang yang tak harus saya lepaskan. Dapat juga mengenali rakan-rakan baru di sini. Silap haribulan saya tak jadi kembali ke Kuala Lumpur nanti, hah itu seloroh Max.

Teringat yang Wardy dan Abang Amir, dua orang teman saya di Kuala Lumpur juga ada menjemput untuk meraikan Halloween di sana- saya senyum sendiri. Tak dapat Halloween di KL, di Penang pun okay. Pertama kali saya bakal menyertai malam Halloween.

Ya, pertama kali. Setakat berkumpul, buat aktiviti bersama- tak salah bukan?

Snap-Apple Night, versi "Malam Halloween" yang diilhamkan oleh pelukis Irish, Daniel Maclise pada tahun 1833. Diilhamkan dari parti Halloween yang dihadiri Maclise di Blarney, Ireland, pada tahun 1832. [ sumber : Wikipedia ]

Sabtu juga saya bakal menghadiri satu sesi bengkel untuk peminat-peminat dan pengguna Sony Alpha. Teruja sebaik mendaftar, semalam saya menelefon Sony HQ di Pantai Molek (berhampiran Island Plaza) untuk pengesahan.

"Ya, nama you dah ada dalam list kami. Nanti datang ke sini jam 11 pagi Sabtu ni." Seronok! Tak sabar saya.

Memang penuh aktiviti hujung minggu saya kali ini. Senarai kerja-kerja bebas juga sedang menunggu. Dengan produk Susu Kambing Nanny milik Wardy (rekaan pek baru) mendahului, diikuti "kad jemputan mini" untuk Encik Whajuddi Wakiman (100 keping), fotografi Acai di Sungai Petani (29 Nov) serta kerja-kerja online yang lain.

Saya tepuk dahi. Namun dalam hati terpalit juga senyuman.

Budak Kopi - Alhamdulillah, rezeki.

Wednesday, October 29, 2008

Kekasihku Seru : Misteri (Saka) Kian Terungkai

Kredit foto : Berita Harian

Kekasihku Seru dah nak sampai ke penghujung? Duh, belum puas rasanya menonton- sejak hampir sebelas minggu lalu, Khamis buat saya tertunggu. Jika termiss sekalipun, saya pasti cepat-cepat menyelongkar ke perut internet, masuk ke laman web tv3.com.my semata-mata untuk menonton siri ini.

Tonton episod terkini di sini. [ Klik ]

Percaya atau tidak- Kekasihku Seru memang lain dari yang lain. Sedari dulu saya memang sukakan filem atau drama yang bersambung-sambung dan mempunyai kaitan (serta misteri yang dibongkar siri demi siri).

Sebagai contoh- saya menyukai siri Charmed (masih ingat trio Prue, Phoebe dan Piper?)- ceritanya berkait musim demi musim, episod A mungkin berkait dengan episod D, balik ke episod B, terus ke episod C dan begitulah sebaliknya. Begitu juga filem klasik Back To The Future (I, II & III), antara filem pertama yang masih saya simpan koleksi original set dvd-nya.

Saya teruja memikirkan bagaimana pengarah atau penulis skrip mampu mengaitkan antara babak ke babak, antara sequel demi sequel, sebagaimana yang Khabir dan Mira lakukan bagi drama Kekasihku Seru ini. Namun kejutan di pengakhiran filem Sepi (babak Baizura Kahar & Piere Andre) menjawab persoalan saya.

Tidak mustahil. Mereka adalah genius baru penglipura filem di Malaysia.

Mungkin ada yang keliru atau tidak faham dengan jalan ceritanya. Nasihat saya, tonton dari mula. Ya, misterinya akan terlerai sedikit demi sedikit tiba di akhir-akhir cerita. Yang pastinya, tiap episod mampu membuatkan anda tak senang duduk, silap haribulan ada yang minta ditemankan walau untuk ke dapur-

Dah ada yang naik bulu roma? Hahaha!

Di awal bersiaran (sekitar Julai seingat saya), ianya tampak biasa-biasa sahaja, bersandarkan dua muka (yang masih) baru, Emelda Rosmila (Marisa) dan Fizz Fairuz (Rashad), ternyata Kekasihku Seru bukanlah bersandarkan rupa paras pelakonnya semata-mata.

Tuah Emilda dan Fizz Fairuz barangkali. Tahniah buat sekalian team produksi ya!

Ulasan saya terdahulu. [ Klik di sini ]

Stabuxguy - Drama siri terbaik pernah saya ikuti di Malaysia. Oh, saya sukakan lakonan Kuza. Dia (amat-amat) bagus.

Capai saya :

Graphic Designer/Writer/Photographer
Penang+KL

"graf:x anywhere, anytime!"

+artwork : http://kashatwork.fotopages.com
+photoblog : www.photoblog.com/stabuxguy
+e-mail : kashatwork@gmail.com
+h/p : 014.6000.441

Tuesday, October 28, 2008

Rumah Terbuka MB, Senja Di Teluk Tempoyak dan Karaoke

Begitu cepat masa berlalu. Tak sedar Syawal telah pun sampai ke penghujung. Rasa saya, baru semalam umat Islam mula berpuasa.

Jika minggu lalu AM saya telah mengadakan rumah terbukanya di Kuala Lumpur, kali ini giliran MB dan kawan-kawannya pula mengadakan gathering beramai-ramai di kediaman beliau yang terletak di kawasan Bayan Baru.

Memang sebuah perhimpunan kawan-kawan yang mengujakan. Apa taknya, sesekali berkumpul begitu kecoh dengan macam-macam gelagat, selain pelbagai juadah dan hidangan (yang pastinya sedap-sedap!)- paling penting semuanya dimasak dengan penuh kasih-sayang.

Itu tagline popular MB yang sering disebut-sebut.

Macam-macam masakan ada- dari hidangan nasi beriayani, masak kerutuk dan ayam panggang, karipap, salad, muffins dan pelbagai lagi juadah. Ralit berfoto, buat saya lupa apa menu kami tengahari itu. Siap ada yang menjadi 'bahan kawalan' lagi-

Majlis yang dirancang bermula jam 12 tengahari telah dihadiri oleh beberapa orang kenalan dan kawan-kawan MB di universiti. Macam biasa, diva-diva bergosip ni memang tak boleh dok diam, ada sahaja topik yang menjadi perbualan terhangat di pasaran.

Tunggu juga kemunculan Abang Hensem a.k.a. Abang Zack (suami Kak Ida) sementelah sedari tinggal di Pulau Pinang, kami masih belum berpeluang bertentang mata. Sering saja saya mendengar cerita-cerita lucu Kak Ida dan suaminya, teringin pula berbual-bual dan berkongsi cerita. Kata Kak Ida, Abang Zack arif selok-belok pengiklanan dan fotografi.

Mujur Kak Intan datang membawa suaminya, Mr. Baker dan 'bala tentera'. Seronok saya melayan gelagat Arif, Iman dan Ehsan- pertemuan ketiga kami selepas pasar malam dan berbuka puasa Ramadhan lalu.

Saya tabik ketiga-tiganya kerana mereka bukan sahaja peminat fanatik dunia gusti, (tontonan melalui youtube, dvd) namun di dunia kanak-kanak lagi mereka telah didedahkan dengan pelbagai perkara.

Kagum kerana di zaman saya, masih ralit bermain teng-teng atau mengumpul tudung botol-

Lewat petang, sehabis saja acara gathering a.k.a. rumah terbuka di rumah MB, saya ke Teluk Tempoyak pula untuk mengambil gambar. Baru nak belajar-belajar.

Untung juga Max sudi menemankan saya.

"Minta diri dulu ya semua. Jumpa malam nanti- karaoke, jangan lupa!". Pesan saya sebelum keluar kepada kakak-kakak diva semua.

Dah lama tak ber-karaoke. Tak sabar pula mahu menunggu agenda malamnya.

"Sorry lambat!", ujar Max sebaik saya hampir ke kereta.

"No, it's ok. Belum sunset lagi. Nanti kita dinner di rumah MB ya- food masih banyak."

Kami menghala ke Teluk Tempoyak, sebuah kawasan penempatan dan pusat makanan laut yang cukup popular di sini. Tak jauh, terletak hanya kira-kira dua puluh minit dari kawasan perindustrian Bayan Baru.

Dua jam di sana- tidak terasa durasi berjalan. Pelbagai teknik saya cuba. Juga beberapa sudut untuk setiap gambar yang diambil. Jujurnya, pengetahuan saya masih di paras sifar. Sekadar bersuka-suka- semuanya bermula dari minat, bukan?

Teringat yang dulu sewaktu di kolej, kami diajar menggunakan kamera manual. Terkial-kial juga saya, ditambah pula harus ke kedai setiap kali untuk mencuci foto yang diambil.

"Bagaimana, ok?". Saya angguk, senyum seraya menunjukkan kepada Max beberapa slide foto.

"Cantik! Ambil gambarku pula, cuba!". Satu, dua, tiga- klik!

Saya menunggu hingga ke lewat senja. Beberapa siri senja buat saya terpegun seketika. Hampir keseluruhan kawasan Teluk Tempoyak disimbah menjadi kuning keemasan. Sungguh saya kagum dengan kejadian Tuhan.

"Kamu serius mahu mengajakku naik?". Soal Max sekali lagi sebaik saya mengajaknya untuk singgah makan malam di rumah MB.

"Kenapa tidak? Jom! Aku lapar. Kita makan ya." Max akur akhirnya. Buat pertama kalinya saya perkenalkan Max kepada MB dan kakak-kakak diva yang lain. Hanya KN, Kak Ida dan Juliana yang masih tinggal.

"So, jadi karaoke?".

"Yup- haruss! Ada orang dapat lampu hijau malam ni."

"A'ah. Jangan ada yang conquer mic sudah nanti. Pulun nak buat konsert sendiri." Masing-masing tergelak seraya memandang sesama sendiri.

Diva-diva kesayangan saya. Kakak-kakak yang sudah saya anggap seperti keluarga sendiri. Mungkin ada yang menganggap saya bertuah, dikelilingi diva-diva yang bukan hanya pandai bergosip, namun mereka tak lekang menasihati dan memandu arah perjalanan saya.

"Menjadi yang berguna." Terngiang yang MB pernah berkata.

Hidup ini cuma sekali. Jangan sia-siakannya.

Kenali mereka dengan lebih dekat :-)

MB - http://mybersukarialife.blogspot.com
Kak Intan - http://mamachupan.blogspot.com
Kak Ida - http://auntidasthots.blogspot.com
KN - http://lubokbatu-graffito.blogspot.com
Mr. Baker - http://warfman.blogspot.com

Capai saya :

Graphic Designer/Writer/Photographer
Penang+KL

"graf:x anywhere, anytime!"

+artwork : http://kashatwork.fotopages.com
+photoblog : www.photoblog.com/stabuxguy
+e-mail : kashatwork@gmail.com
+h/p : 014.6000.441

Budak Kopi.

Sunday, October 26, 2008

Sabtu Yang Penuh Rancangan

Sabtu saya tidak ke mana-mana. Tukas di rumah sahaja- mencuci pakaian kotor dan mengemas ruang bilik (yang kian bersemak!). Kira-kira untuk ke gym tapi sakit-sakit di bahagian tangan dan belakang membantutkan rancangan saya. Kesan dari lama tidak bersenam agaknya. Saya turun ke pool sahaja untuk berenang. Sempat juga menelefon Max dan Calvin, dua rakan yang saya kenali di sini.

"Anda senang? Bisa keluar jalan-jalan?".

Lewat senja, kami ke Queensbay Mall untuk makan malam dan menonton wayang. Saya memilih The House Bunny- "lucu, I sudah lihat trailernya," ujar saya bersungguh bila melihat Max dan Calvin seperti terkebil-kebil.

"Okay, I ikut sahaja. Any movie will do." Max yang murah dengan senyuman pandang Calvin.

"Yeahh... kamu pilih aja ya. Aku juga ikut." Calvin akur.

Saya lihat jam, ah masih awal lagi- masih punya waktu untuk sesi makan malam.

"Mahu dinner di mana?".

"Swensen's?", cadang saya.

Kami ke aras dua. Dah lama juga saya tak ke sini. Makanannya boleh tahan. Paling saya suka Charbroiled Salmon-nya, rasa grill yang enak. Namun saya punya satu menu kegemaran lain sejak akhir-akhir ini- Spaghetti Aglio Olio. Sedapp! Pernah cuba?

Hanya beramuankan rempah basil dan olive oil, ringkas namun cukup untuk buat anda bertenang dan tidak perlu fikirkan masalah berat badan yang semakin naik!

Resepi ini hampir terdapat di semua tempat (yang menyediakan masakan barat dan pasta) namun tidak semua restoran mempunyai rasa Spaghetti Aglio Olio yang sama- tips saya, Spaghetti Aglio Olio di Pastamania, aras 7 di Gurney Plaza adalah terbaik. 100% olive oil digunakan sementara di Swensen's resepi ini diganti dengan garlic oil. Sedap namun campuran olive oil lebih mampu menggamit selera saya.

Habis dinner di Swensen's, saya sempat singgah ke salah sebuah kedai muzik berdekatan.

"Tunggu ya! Mahu cari soundtrack Mamma Mia!". Lega sebaik melihatkan cd-nya masih ada di rak. Dah puas dari semalam saya cari namun hampa. Begitu laris ya soundtrack-nya.

"Ada dua- mahu yang mana?". Saya garu-garu kepala sebaik disoal amoi penjual cd.

"Maksud?".

"Satu imported version, satu lagi Malaysia edition. Tak sama."

"Beza?".

"Imported ada lirik, gambar-gambar dari filemnya. Malaysia takde lirik. Cuma lagu-lagunya sahaja."

Saya lihat harga. Wah! Jauh juga bezanya. Imported version agak mahal sedikit- RM44.90 berbanding edisi Malaysia cuma RM23.90.

"Ok, ok- saya ambil yang 'Malaysia'." Fuuh! Saya cuma mahu dengar lagu-lagunya. Kalau tahu saya cari di Pasar Malam Ferenggi sahaja. RM4 sekeping. Haha!

Saya bukanlah peminat kumpulan ABBA- jauh lagi membesar dengan lagu-lagu mereka. Mamma Mia! juga bukanlah antara filem yang mampu buat saya terperangkap-sebaik-habis-durasi-tayangan sebagaimana filem-filem lain yang pernah saya tonton (maaf ya, filemnya bagus namun bukan genre kegemaran saya) namun masih ada dua, tiga babak (dengan lagu) yang begitu saya suka. Mendengar kembali "I Have A Dream", The Winner Takes It All" dan "Voulez-Vous" di corong kereta Max sewaktu perjalanan balik buat saya terimbas kembali babak-babak menarik di dalamnya.

Beza dengan Mamma Mia! yang sarat dengan lagu dan komedi orang dewasa, The House Bunny lebih bersifat komedi ala Scarry Movie namun punya mesej yang tersendiri.

Saya sukakan Anna Faris, sebagai Shelley, bekas bunny di Playboy (yang sedikit bimbo), beliau jujur membantu rakan-rakan sororiti membentuk imej yang lebih menarik (dan seksi) demi meraih undi dan perhatian lelaki. Pelbagai insiden lucu timbul dan bisa membuatkan anda ketawa terbahak-bahak.

Mahukan sebuah filem ringan yang tidak begitu memeningkan, nah inilah filemnya!

"Ya! Ya! pecah perut I tengok babak-babak dalam filem tu tadi- paling best masa diorang dah tukar imej- meletopp!". Haha!

"I paling suka babak parti Aztec kat rumah sororiti tu. So fun. Happening gilerr!".

Dari pintu GSC hinggalah ke Old Town kami masih tak habis berbual tentang filem yang sama.

Di Old Town cuma minum-minum sebelum Max menghantar saya dan Calvin pulang.

"Apa kamu order?". Tanya Max. Dia ralit menanda menu.

"Honey lemon panas satu ya!". Minuman wajib saya jika ke Old Town.

Saya pandang Max dan Calvin. Malam yang menyeronokkan. Saya hirup sisa lemon hingga ke akhir. Sedapp!

Terima kasih buat kalian ya kerana mewarnakan petang Sabtu saya.

Sempat Max mengingatkan saya temujanji kami ke Teluk Tempoyak esoknya.

"Berfoto. Jangan lupa! Jemput kamu jam lima ya!".

Budak Kopi - Sempat sambung tengok "Ratatouille" di rumah sebelum tidur.

Capai saya :

Graphic Designer/Writer/Photographer
Penang+KL

"graf:x anywhere, anytime!"

+artwork : http://kashatwork.fotopages.com
+photoblog : www.photoblog.com/stabuxguy
+e-mail : kashatwork@gmail.com
+h/p : 014.6000.441

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...