Wednesday, October 31, 2007

SEHATI BERDANSA@Zeta Bar, KL Hilton

Rabu, 31 Oktober 2007
Agak lama saya meninggalkan 'dunia selebriti' dan hiruk-pikuk hiburan tanahair. Sebaik ke German dan penutupan Catatankash, dunia hiburan tanahair hanya dua peratus dalam diri saya. sekadar mengikuti sedikit-sebanyak melalui paparan akhbar-akhbar di internet. Namun pelawaan SM (yang saya anggap sifu) untuk menghadiri majlis pelancaran buah tangan terakhirnya bersama saluran Ria (sebelum bertukar ke saluran Awani) saya terima dengan hati yang terbuka.

Sebelum apa-apa, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah
kepada SM dan warga kerja Astro keseluruhannya di atas pelancaran program Sehati Berdansa petang semalam yang bertempat di Zeta Bar, KL Hilton.

Langsung dari casting untuk TVC di Damansara Kim, saya gegas ke Hilton untuk acara pelancaran. Sudah agak ramai pihak media dan jemputan yang hadir. Beberapa selebriti tempatan juga kelihatan. Cari-cari juga muka beberapa orang teman bloggers yang lain namun hanya Budiey yang kelihatan. lama tak bersua, kami bertukar-tukar khabar.

Sedikit info tentang Sehati Berdansa-

Sebuah program hiburan yang di alih formatnya dari program luar negara dan disuntik elemen Malaysia. Terus-terang, melihatkan promonya sahaja buat saya teruja. Lebih-lebih lagi selebriti kegemaran saya, Vee atau Vanida Imran juga terlibat dalam program ini. Vee akan bergandingan dengan Rashidi, suaminya sebagai pasangan penari dan diberi bimbingan khas oleh Lan (Sazlan Mat Adnan), seorang penari profesional dan juga pemilik kepada studio Sazlan Dancers.

Konsep

Memang saya agak kabur pada awalnya, seperti kata Linda Onn- si pengacara majlis, ingatkan rancangan kecik aje, rupa-rupanya besar juga!

Sehati Berdansa adalah merupakan sebuah program realiti yang memperkenalkan seni tarian ke kaca televisyen anda. Program yang bakal bersiaran di saluran Ria
ini akan bermula pada 5 November depan dengan episod pengenalan, Detik Sehati Berdansa.

Sebanyak lapan orang selebriti tanahair dari pelbagai industri, bersama-sama suami dan isteri mereka akan mencuba bakat dalam bidang tarian. Selain Vee dan Shidi, antara yang terlibat ialah, dramatis terkenal, Anne Ngasri dan suaminya Abdul Wafi, pelakon dan penerbit Rizman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob. Penyanyi kumpulan OAG, Radhi Razali dan isterinya Shazlin Sharif, penyanyi jazz (yang juga merupakan antara tunjang utama Muzikal P. Ramlee yang sedang hangat di IB) Atilia Raha Haron dan suaminya Ariff Johan Abdul Jalil, dan penyanyi terkenal Haiza Nordin dan suaminya Hanafpe Omar juga mencuba nasib. Turut terlibat adalah personaliti TV Raiana Rahman dan suaminya Zain Shah dan bekas pemain bola sepak terkemuka Azman Adnan dan isterinya Asfarina Muhammad, bekas penyanyi kumpulan Feminin.

Seorang kareografer tari profesional akan dikhususkan kepada setiap pasangan. Mereka akan diberi latihan dan bimbingan intensif sebagai persediaan untuk pertandingan. Pasangan-pasangan ini akan menerima cabran selama lapan minggu, di mana setiap minggu tema dan jenis tarian yang berlainan akan diperkenalkan.

Program tajaan produk SilkyGirl & Silky For Men ini bakal dihoskan oleh penyampai radio popular Linda Onn serta pelakon yang tidak asing lagi, Fahrin Ahmad dan pengacara/pelakon Awal Ashari.

Namun, apa yang menarik minat saya selain dari perbezaan konsep program yang ditonjolkan, Sehati Berdansa juga turut menyelitkan unsur-unsur kebajikan di mana setiap pasangan selebriti mewakili satu pertubuhan kebajikan yang berbeza, sebagai contoh, Vee dan Shidi- mereka mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan wang tunai yang terkumpul pada setiap minggu akan dihulurkan ke persatuan ini.

Menderma sambil berhibur.

Nah, apa tunggu lagi, nantikan saja kemunculan wajah-wajah selebriti kesayangan anda di kaca TV- eksklusif bakal menari untuk anda setiap minggu. Pastikan temujanji anda dengan Astro Ria ya!

kredit gambar : sultanmuzaffar @ SM

Stabuxguy

Wednesday, October 17, 2007

Semangat Bali

Rabu,
17 Oktober 2007
"dude, raya- apa yang happening?".

"takde apa. biasa-biasa aja!". ringkas jawapan saya- pada yang bertanya.

sebaik touch down di LCCT malam tadi, hati saya kembali bernafas lega. tinggalkan segala kemelut di kampung buat saya bisa keluar dari kepompong.

besok hari yang cerah. itulah yang saya harapkan. semoga Bali bisa mengubat hati saya dari sebarang resah dan gundah.

tak sabar bermandikan cahaya senja di Kuta, makan-makan di Jimbaran, jalan-jalan di Ubud.

Oh, Bali.

stabuxguy a.k.a. budak kopi

Wednesday, October 3, 2007

Apa Khabar, Malaysia?

Salam Malaysia... Salam buat semuanya. Apa khabar, apa khabar dan apa khabarr!

Saat catatan ini ditulis saya telah pun selamat berada di Malaysia sebenarnya. Sebuah negara yang aman, damai dan tanpa prejudis. Negara hujan batu yang saya sayang dan kagum.

Pengalaman 'sedetik' di rantau orang buat saya buka mata luas-luas.

Pada yang bertanya tentang Berlin, "Kashy, takder sambungan?".

"Lain-lain update- malas ya?".

"Tiada masa." Ringkas saja jawapan saya.

Ya! Masa begitu cemburukan saya.

Saya tiba tepat jam 12 tengahari (waktu Malaysia). AM awal-awal dah tunggu saya di KLIA. Sanggup ambil cuti katanya. Terima kasih daun keladi. AM saya- sayang juga dia ya. Hik!

Balik rumah, lepak-lepak, sembang- saya terlelap. Jet lag agaknya. Sedar-sedar AM dah kejutkan saya. "Bangun, kita ke pasar Ramadhan."

Saya bingkas. pasar Ramadhan. Perkara pertama yang saya terbayang nak buat jika kembali ke Malaysia.

Memula ingat nak cuci muka je tapi alang-alang dah masuk bathroom, hmm... baik mandi terus. Dah 2 hari tak mandi ok. Bau-la! Huhuhu...

Kami ke pasar Ramadhan berhampiran di Bandar Permaisuri. Kecik je tempatnya, okay la sebab takde nak beli apa sangat pun just tengok-tengok je. Habis beli, kami ke sebuah pasaraya berdekatan. Tempat favourite kami kalau nak beli barang-barang dapur. Murah dan yang penting semuanya ada kat sini.

Balik rumah, jam dah hampir ke 6.30 petang. Lagi few minutes nak berbuka. Sabarr...

Apa kami beli tadi?

Hahaha... nasi kerabu (my fav!), ulam, air tebu dan sedikit kuih (tepung pelita- pun my fav juga!- yang dah cair gitu). Memang kan kalau dah nama Pasar Ramadhan, semua nak jadi peniaga segera. Buat kuih or masak nasi pun ala-ala. Tak puas hati betul tapi what to do. Inilah Malaysia. Sebuah negara yang indah dan tanpa prejudis.

"Nak beli baju Melayu tak?".

Teruja sekejap. "Tentu. Kat mana?".

"Jusco. Kita ke Wangsa Maju."

"Okay, set!".

Tak tunggu lama saya angguk je.

Hampir 4 tahun saya tak pernah membeli (apatah lagi membuat) baju raya. Offer AM nak pegi beli baju Melayu tadi cam 'disorongkan bantal' je. Tak kisah la mahal or murah, janji merasa jugak ada baju raya tahun ni. Kui kui kui...

Pilih punya pilih, terbeli juga sepasang. Cukuplah. Bukan pakai hari-hari pun. Cukup syarat je.

"Okay, adik pegi bayar dulu, nanti datang bawak resit akak kasi percuma butang baju."

Macam kelakar tak bunyik?

Ada 2 benda yang best kat sini. Satu, akak tu panggil saya 'adik'. Nampak sangat saya ni masih muda la kan... Ops!

Kedua... dia cakap, 'akak kasi percuma butang baju'. Hehehe... kelakar sangat rasa promosi tuh. Macam beli susu or ubat gigi pulak. Percuma pinggan mangkuk katanya.

Sekali lagi antara sebab saya suka Malaysia. Hahaha!

Balik rumah saya makan lagi. Sambil borak2 dengan AM. Lama tak lepak-lepak macam ni. Gosip, si polan A ke si polan B- macam-macam!

Happy actually dapat kembali dan menghirup udara Malaysia.

Udara dan tanah yang membesar dan memberi saya tempat untuk berpijak.

Satu persoalan bermain di fikiran saya kini.

"Kash, kembali ke Germany?".

Saya terdiam sendiri.

stabuxguy a.k.a. budak kopi

Wednesday, September 19, 2007

Willkommen Nach Berlin! Teil 1

*Welcome To Berlin!

Berlin. Berlin.

terlalu banyak untuk diceritakan. banyak yang bermain di kepala.

sebuah kota yang begitu mengagumkan saya selain membuatkan saya begitu teruja.

beberapa kali sebenarnya posting ini tertangguh. tak seperti waktu saya berada di Malaysia. selain dari kurang idea dan (kehabisan) minat untuk menulis, saya tidak punya banyak ruang (masa) sebenarnya. hari-hari terkejar sana-sini memenuhi tuntutan aktiviti. tak semua dapat saya lancarkan di sini. selain sensitiviti, ya (seperti) faktor yang saya nyatakan di atas tadi. :)

dari hanya angan-angan, saya mula bulatkan hati. ya, mesti jugak jejak ke Berlin. perancangan awal, James bakal menemani saya namun terpaksa tarik diri disebabkan ada hal lain katanya. it's okay. kat Europe ni semua orang travel sendiri-sendiri (insyallah tak sesat punya).

sementelah James juga telah memberi saya contact beberapa orang temannya di sana.

dari Bahnhoft (stesen keretapi) di Oldenburg, saya menaiki tren ke Hannover (transit) sebelum tukar untuk ke Berlin. berhari-hari juga saya cuba ingatkan nama tempat, jenis pengangkutan, tips dan sebagainya yang diajar James. bagus juga anda punya kenalan yang dah biasa dengan keadaan di tempat baru kan?

dari Oldenburg, perjalanan ke Berlin memakan masa hampir tiga jam. macam yang saya cakap dulu, di sini (German), dari segi ketepatan waktu, hampir 100% pengangkutan awamnya boleh dipercayai. anda tidak perlu menunggu lama untuk ke sesuatu tempat. cepat dan selesa.

dari Bahnhof di Berlin, Ranaldo (disebut Ronaldo), teman James yang berasal dari Brazil tetapi fasih berbahasa Indonesia, telah sedia menunggu saya. orangnya ramah, baik sekali. kami menaiki tren bandar (dipanggil S-Bahn) sebelum bertukar ke tren underground, U-Bahn (ala Putra LRT) untuk ke apartmentnya.

sedikit info tentang U-Bahn/S-Bahn, kedua-duanya murah dan efisien. merupakan dua nadi pengangkutan awam utama di Berlin (selain bas) yang menghubungkan beberapa tempat menarik. sama seperti LRT di Kuala Lumpur, anda bisa dibawa jelajah hampir ke seluruh Berlin samada untuk aktiviti sightseeing atau ke sebarang destinasi hanya menggunakan satu tiket (sehari).

terdapat beberapa jenis pembelian tiket yang ditawarkan, bergantung kepada jenis kehendak dan keperluan anda seperti perjalanan sehala (€ 2,10), perjalanan jarak dekat (€ 1,20) malah anda juga boleh membeli tiket harian tanpa had (€ 6,10).

selesai meletak barang dan berehat seketika, kami ke destinasi pertama.

Berliner Dom.

"kamu puasa bukan? kita dinner di sana aja ya!".

dibina sekitar tahun 1895 hingga 1905 dahn merupakan tarikan utama di Berlin. bangunan yang bercirikan neo-baroque ini pernah dimusnahkan pada waktu perang dunia II dan dibina kembali serta dibaikpulih (sepenuhnya) untuk tarikan pelancong pada tahun 1993.

dengan bayaran sebanyak € 5.00 (untuk dewasa) dan € 3.00 untuk pelajar, pesara, serta pelawat berkumpulan, anda bisa dibawa jelajah ke seluruh pelosok Berliner Dom ini, malah apa yang lebih menarik, anda juga bisa meneroka sendiri pemandangan indah keseluruhan Berlin dari tingkat atas menara (Dom). satu pengalaman yang tak harus dilepaskan.

Berlin sebenarnya adalah sebuah kota yang 'termusnah'. terletak di garisan tengah antara barat dan timur, memperlihatkan ianya sebuah negara yang separuh moden dan mundur. anda bisa lihat kesan tinggalan perang disekelilingnya. bisa buat kita asyik dan terfikir. malah tak mustahil bisa tergambar kembali suasana peperangan dan keruntuhan empayar Berlin suatu ketika dulu.

*saya memang suka berimaginasi. :)

himpunan bangunan-bangunan lama, deretan istana, kesemuanya sedang mengalami fasa pembaikan (yang rasanya bakal memakan masa bertahun-tahun).

itu fakta. lancar Ranaldo memberitahu saya.

bergantung kepada keadaan ekonomi (German) dan penajaan badan-badan kerajaan dan swasta.

sempat kami borak-borak seketika, bertukar-tukar pendapat. saya suka Ranaldo, dia bijak. banyak info bukan sahaja Berlin, malah sejarah Eropah yang diketahuinya.

dari Berliner Dom, saya ikut Ranaldo turun. kami ke sebuah restoran thai-vietnam berhampiran.

"i love tom-yam gung!".

hah, tak sangka-sangka pula mamat Brazil ni penggemar tom yam.

saya? layan aje.

dah nampak green curry beef, chicken oyster with cashew nuts, ah itu semua memaut selera saya. terasa seperti di Malaysia pula.

malamnya, kami jalan-jalan di The Brandenburg Gate, sebuah tugu peringatan yang dibina khusus bagi memperingati dan simbol kemenangan dan pemisahan dua daerah (barat dan timur) di Berlin. dibuka secara rasmi pada 22 disember 1989 sebaik pemusnahan Tembok Berlin (siapa yang baca sejarah tahu la).

saya sukakan pemandangan malam di sini. tak ramai orang (yelah waktu pun dah agak lewat), tambah pula masyarakat German lebih suka lepak-lepak di cafe, restoran waktu-waktu begini. hiburan, muzik- itu budaya mereka.

saya?

lepak-lepak di starbucks (sambil menghirup my favourite vanila frappucino dan mufinnya-oh!).

The Brandenburg Gate.

satu lagi tarikan wajib di Berlin.

nak datang? ah, jangan risau. nanti saya ceritakan perihal pengangkutan di hujung posting.

hari kedua.

awal pagi lagi, Ranaldo mengejutkan saya.

"saya harus ke kuliah. ini tiket muzium dan S-Bahn buat kamu. jumpa tengahari di Unter den Linden. nanti saya call."

erk! saya terkedu. saya cuba-cuba memeta sendiri kata-kata Ranaldo. Unter den Linden?

oh, street area berhampiran The Brandenburg Gate. ya, saya ingat!!

"kamu boleh pilih mahu naik S-Bahn atau bas. terpulang! pergi dulu."

nampaknya pagi ini terpaksa la saya jalan-jalan sendiri. tak apa. bagus juga.

"orang ke Europe memang patut jalan sendiri-sendiri. baru thrill dan adventerous gitu." kata Kak Wan saya. er, pernah ke dia cakap macam tu? hehehe...

ok, destinasi pertama saya hari (berdasarkan peta dan susunan places of attractions (yang didownload dari internet) di tangan, Altes Museum.

apa yang menarik saya di sini?

selain faktor lokasi (terletak berhadapan Berliner Dom), di sini turut diadakan pameran warisan purba dari Mesir. teringat yang semalam Ranaldo beriya-iya meminta saya untuk singgah.

"kamu harus lihat Nefertiti, "The beautiful Berlin woman". dia sungguh jelita!".

saya jalan-jalan. langkah ke Altes Museum membuatkan hati saya berdebar-debar.

pertama, sebab saya sendiri (pakai redah je ni).

kedua, sebab bangunan kat sini semua besar-besar. pada yang tak tahu, saya fobia dengan huge structure. pelik tapi benar.

jujurnya, corak pameran di sini begitu mengagumkan saya. tak perlu nak dibandingkan dengan Muzium Negara di Kuala Lumpur (yang sah-sah jauh panggang dari api) tapi belajar dari macam mana mereka organize sebuah pemeran besar macam ni, baik dari susun atur, rekaletak persembahan, interior- semuanya gah dan cemerlang.

sedar tak sedar, hampir 3 jam masa saya dihabiskan di tingkat atas sahaja. ralit melihat mumia, pelbagai barangan antik zaman Fir'aun dan paling penting si jelita Nefertiti yang diwar-warkan Ranaldo.

memang cantik, menarik dan saya kagum melihatnya. peling penting ianya asli dan anda bisa lihat dan renung keunikkan arca "patung paling popular di Berlin" ini.

paling bagus tentang muzium di German ni, anda akan diberikan sepasang headphones dan sebuah pemain cakera kecil (on request) yang akan menerangkan (hampir keseluruhannya) tentang pelbagai monumen, lukisan, arca dan sebagainya.

dari situlah saya memperolehi info tentang pelbagai sejarah dan latar-belakang monumen di sini. saya mula berbuat demikian sejak diberitahu oleh James semasa melawat muzium di Oldenburg dulu.

mudah bukan?

habis tour sekitar Altes Museum, saya ke park yang terletak di tengah-tengah city. melayangkan badan di situ membuatkan anda terasa benar-benar bebas. kawasannya luas dan dikelilingi beberapa monumen dan bangunan sejarah utama- Altes Museum, Berliner Dom dan deretan istana-istana zaman pemerintahan Frederick III.

hampir ke jam satu tengahari. dah janji dengan Ranaldo untuk jumpa di Unter den Linden. saya jalan meredah street. kiri-kanan bangunan besar-besar dan merupakan monumen asal dari zaman awal dan selepas perang.

dari jauh dah nampak si Ranaldo tengah membeli sesuatu di kedai hadiah. saya merapat.

"nah, untuk kamu!". saya tergamam.

"for me?". beberapa keping poskad (yang cantik) dan sebuah mug bertulis "Ber-lin".

saya hampir memeluknya!

"thanks...".

"it's ok. puas jalan-jalan?". saya geleng.

"capek!". Ranaldo macam faham.

"mahu relaks? jom naik bot- seronok!". tak sempat saya cakap apa-apa, Ranaldo dah tarik tangan saya. kami ke jeti berhampiran Havel River di Berliner Dom.

bersambung...

Friday, September 14, 2007

Berlin, Here I come!

jumaat
september 14 2007

jujurnya sebelum saya langkah ke mari, German bukanlah negara pilihan. jauh sekali terbayang untuk saya jejakkan kaki.


paling jauh pengetahuan saya, (tentang German) - Berlin, ibu negara. perang dunia, Hiltler. nah, itu sahaja.

cetek amat.

lain la kalau sebut Australia- paling suka The Girl From Tomorrow, Alana (torrent terkini yang saya tengah donwload). hahaha, ada yang masih ingat? *siri popular Alam Ria Cuti Sekolah TV3

puasa. hah, ya puasa. bagaimana hari pertama anda?

saya? haha.. biasa sahaja. tiada apa yang menarik puasa di rantau sebenarnya. jauh dari kemeriahan dan suasana- beza dari Malaysia, bisa bangun sahur, ke pasar Ramadhan.

di sini siapa peduli- oh, apa itu Ramadhan? puasa?

mujur juga saya dah ada waktu azan kat laptop (thanks to islamic finder anyway!). senang juga teknologi ni ya. mudah dan tahu bila waktu solat, berbuka.

lepas sahur, tidur aje lah. khamis takde kelas kan. nak pi gym pepagi cam malas plak. tunggu je la tengahari sikit. about jam dua belas gitu saja keluar ke stadt. ingat nak ajak james sekali tapi dia busy plak. ada kelas programming katanya.

tetiba cam teringin plak pi muzium. diulang, muzium!

apa yang menarik? hmm.. terpulang. pada yang tahu nak appreciate benda-benda sejarah, lukisan-lukisan lama dah sebagainya for sure tak kisah habiskan masa even sepanjang hari kat muzium.

was not a bad idea. dari takde keja and jalan-jalan (masuk keluar Zara!) museum was a brilliant idea and the smartest way to at least beri anda pengetahuan tentang sejarah dan perkembangan sesuatu tempat. itu cara saya.

gym? haha.. takpe la. kira 1st day puasa, besok-besok bleh pegi.

muzium.

habis pusing-pusing kat dalam tuh, saja ke Galeria. beli ayam (untuk masak lemak- thanks to my akak Kak Wan for the rempah-ratus hari tuh). ada lagi sejam untuk jalan kaki balik- uh today no basikal. saja nak excercise. :)

dan besok, yess... setelah sekian lama dok kat German, saya ke Berlin juga akhirnya. honestly, jangan tanya memang saya tak tahu rupa struktur muka buminya cemana. Vern, Kak Wan or AM mungkin boleh bantu saya?

apa yang saya tahu, Berlin kaya dengan lukisan-lukisan sejarah, patung-patung agung dan rekabentuk bangunan ala Rennaissance-Baroque.

Dari tahun 1961 - 1989 kota Berlin dipisahkan oleh Tembok Berlin. itu fakta. sejarah.

Berlin juga ibukota kedua terbesar di benua Eropah selepas London. nah, apa lagi ya?

Bendera

Lambang


Laman rujukan :

http://en.wikipedia.org/wiki/Berlin

http://www.berlin.de/english/

http://www.berlin-tourist-information.de/index.en.php

okay. cukup dulu kang bebanyak info kang tak best pula. better tengok dengan mata-kepala sendiri yer tak?

nak tahu apa menarik, mana saya pergi, apa saya buat di Berlin- nantikan catatan saya dalam kembara seterusnya!

tungguuuuuuuu..........

budak kopi a.k.a. stabuxguy
Germany

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Datang Lagi


khamis
13 september 2007

tak semua antara kita bisa beroleh peluang kedua.

ketiga, keempat apatah lagi kan.

saya bersyukur. biarpun serba kekurangan, jauh di perantauan, saya masih punya nafas untuk menyambut Ramadhan.

bagi orang-orang di sini, Ramadhan tidak memberi apa-apa makna. payah juga untuk saya menerangkan satu persatu- cerita hal puasa, raya.

namun hasilnya bagus juga, ada di antara yang faham hingga ada yang turut menawarkan untuk berpuasa bersama.

"tak takut lapar?", tanya saya.

"jika kamu boleh, saya juga!". seorang teman berkata.

saya bangga. sekurang-kurangnya 'dakwah' saya menjadi. hahaha!

siang tadi saya ke
Galeria. puasat beli belah ala-The Mall di Kuala Lumpur. tak besar, biasa-biasa sahaja. ada pasaraya ala-Giant di bahagian bawahnya. saya senang membeli-belah di situ. segala-galanya ada cuma agak mahal sedikit. tak banyak yang saya borong, cuma sedikit barang-barang keperluan serta makanan untuk sahur.

bukan takde makanan kat rumah cuma cam malas nak naik atas awal-awal pagi plus saya tak tahu Uncle Ramly dan lelain bangun ke tak. so better saya prepare awal-awal.

habis shopping, saya ke McD. order McChicken meal dan makan sorang-sorang. Kak Wan saya call, "buat apa, kat mana?".

"McD, makan. baru habis kelas."

kami borak-borak seketika sebelum Kak Wan saya hang up.

"suara tak jelas katanya".

balik rumah, saya kepenatan. dah berapa hari tak cukup tidur. baring-baring, dengar radio dan terus terlelap.

bangun ntah jam berapa. si James pula call. ajak keluar.

"dinner!".

saya gegas siap. Kak Wan call lagi.

"sorry kak, talk later. nak keluar!". saya harap dia faham.

kat stadt, James dah sedia tunggu saya kat depan
Esprit.

"where?".

"mana lagi, Loft la. kamu suka
pumpkin soup kan?".

macam tahu-tahu je my kegemaran. kami set ke Loft.

borak-borak, dari hal sekolah hingga la ke gosip-gosip luar dan dalam kampus.

habis makan, kami ke
Zara. duh, kali kedua nampaknya (dah singgah pagi tadi). James capai jaket.

"cantik tak?". saya angguk. alah, si James ni pakai apa pun cantik. saya belek-belek. capai t-shirt dua, tiga helai.

"nak beli ke?", tanya James.

saya cuma sengih. macam la tak cukup t-shirt dah kat rumah. huhuhu....

kat sini cam Dubai la jugak (ops!), Zara orang tak pandang sangat.

sebab?

murahhh! terlalu murah. macam beli
Seed je. tak pun Giodarno kat KLCC. kat German bebudak muda paling suka pakai brand G-starz Raw (GSR). saya ada juga beli tiga, empat helai jaket GSR. itupun sebab perlu even mahal tapi takde pilihan. kalaulah dari awal tahu Zara kat sini memang lagi murah, harus awal-awal dah shopping jaket dari Zara je. tapi tu la, macam yang saya cakap tadi, orang sini tak pandang sangat Zara. tapi tak kisah la, buat sesetengah orang, selain kepuasan, kualiti tu penting kan.

janji ada duit, semua bisa dong...

habis jalan-jalan dan shopping, saya balik ke apartment. sempat jumpa Uncle Ramly dan bagitau saya tak naik dinner malam nanti.

"kamu sahur tak?".

saya angguk.

"okay, nanti uncle kejut."

angguk lagi. baik kan Uncle Ramly nih... hihihi...

malam.

saya duduk rumah aje. balas e-mail, sambil feeling-feeling besok Ramadhan. tetiba rasa macam malam raya pula- sebak!

hampir semua kawan-kawan, family di Malaysia saya sms. habis kredit dekat 20 euro. tak kisah la. janji hilang perasaan rindu at semua. nak call semua memang tak mampu la kan... huhuhu.

tak sampai lima minit, hampir semua orang yang saya sms reply balik my sms tadi.

"sabar kay... selamat berpuasa di rantau orang!". itulah antara ayat popular yang saya terima.

yes, sabarr! what else can i do right?

sah-sah saya yang choose untuk datang.

okay la, dah hampir ke jam dua ni. need to go dulu. besok got no class (yesss! bleh bangun lambat... huhuhu.). petang pi gym cam biasa. tapi dah puasa nampaknya kena la pi lewat skert, kang bukan saya yang angkat dumb bell, tapi dumb bell yang angkat saya. :)

cerita nasi lemak masih tertangguh nampaknya.

takpercaya?

okay la saya letak pic aja. sungguuhh! memang saya masak nasi lemak minggu lalu. thanks to
kak lis for the tips yang dia kasi kat YM hari tuh. memula ingat nak follow 100% tapi dah jumpa serai, daun pandan so ikut bebetul sebijik cam dalam resepi (yang di download).

nasi lemak ala kash nama dia. nasi tu terpaksa letak jauh-jauh takut ada yang perasan dia lembik semacam - terlebih santan katanya... huhuhu... (janji rasa!)

buat yang membaca, saya pohon ampun dan maaf kalau ada salah silap. yelah, dah puasa ni kan. orang kata elok minta maaf (lebih berkat!).

dan, sempena Ramadhan, terima lah lagu dari
Zahid (pernah saya siarkan di catatankash dulu) petikan OST Qaisy & Laila.

stabuxguy - teringat 'ike singge' cicah budu ngan daging goreng. oh, air tebu.. air tebuu... (waaaaaa...!!)

SELAMAT BERPUASA!

salam,
budak kopi a.k.a. stabuxguy
Germany

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...