
Mesti ada yang tak percaya
pic ni di ambil di bandar
Georgetown ya... di tepi salah sebuah bar di
Jalan Penang...
Hujung minggu saya- tiada apa selain berehat-rehat dan menyelesaikan tugasan di rumah, menghitung hari untuk pulang ke
Kuala Lumpur (cuti
Merdeka & awal
Ramadhan) selain
MB menjemput dan memasak makanan yang
best-best di rumahnya.
Oh, ya kami ada ke
Little India membeli beberapa dvd filem-filem
Hindi semalam. Ya, memang saya buang tebiat.
"Gigih!". Satu perkataan dari
MB buat saya sewaktu memandu (dengan
excited-nya) ke
Georgetown semalam.
Sebut pasal filem
Hindi, terima kasih buat beberapa pembaca
Darimejastabux yang telah susah-payah menghantar
e-mail kepada saya beberapa koleksi lagu-lagu
Hindi popular. Tak sangka tulisan saya di
posting Sarah Yasmeen semalam menarik perhatian anda. Terima kasih, terima kasih sekali lagi.
Ada dua perkara yang sempat saya catatkan di ruangan nota di telefon bimbit minggu lalu (sebaik teringat). Satu berkenaan
idol saya di dalam dunia perfileman, dan satu lagi ialah kisah lucu sewaktu di zaman sekolah.
Mahu tahu?
Okay jom saya cerita satu-satu ya.
Sepanjang filem-filem yang telah di tonton, saya cukup gemar dengan gaya dan watak yang dibawa oleh mereka ini. Tolak
Julia Robert, Sarah Jessica Parker dan
Cameron Diaz, pada saya dua ikon yang akan saya sebutkan ini lebih memberi kesan di hati saya (dari segi gaya lakon dan karakter yang dibawa).

Pertama-
Farida Jalal.
Hah, anda kenal siapa dia? Sesuai dengan
mood filem-filem dan lagu-lagu
Hindi minggu ini, saya paparkan khas buat anda- seorang pelakon
Hindi kegemaran saya (sering membawa watak-watak ibu/mak cik yang baik hati). Foto di atas ialah diambil di zaman awal kemunculannya. Manis bukan?

Mula berlakon sejak di awal tahun 1960 hingga kini,
Farida telah membintangi banyak filem-filem
Hindi popular dan terbaik di negaranya, antara yang masih saya ingat ialah
Bobby (1973),
Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995),
Kuch Kuch Hota Hai (1998),
Chori Chori Chupke Chupke (2001) dan yang paling mengesan saya ialah
Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001).

Masih terbayang babak
Farida (Daijan/DJ) di dalam filem
Kabhi Khushi Kabhie Gham membantu
Rohan (Hrithik Roshan) mengikat tali kasut sewaktu di
London. Sebak!
Wajah
Farida yang sejuk dan bersifat keibuan itu bukan sahaja menambat saya, malah watak-wataknya yang periang dan sentiasa gembira itu turut membuatkan saya terus terpaku menyaksikan setiap filem-filem yang dibintanginya.
Sekarang anda tahu, mengapa antara sebab saya gemarkan filem
Hindi (selain faktor tarian dan lakonan hebat
Aishwarya Rai.. hehehe...)
.
Di
Malaysia juga saya punya pelakon/karakter yang saya suka tonton di filem. Lakonan yang berkesan (berkarakter), selain wajah garang dan suara lantang dan sedikit lucu kadang-kala (sesetengah filem) pilihan saya adalah adalah milik
Siti Tanjong Perak.
Puas saya
google info tentang pelakon ini, tak banyak yang saya ketahui. Sekadar nama penuh beliau,
SITEE SOENDARI BINTI SAMAT (unik bukan?), berasal dari
Sulawesi, dan berketurunan
Bugis.
Mula bergiat di dalam teater dan bangsawan pada awal kemunculannya, beliau mendapat nama
Siti Tanjong Perak hasil dari nyanyian (tajuk lagu) yang sama dengan gelarannya iaitu "Tanjong Perak" di dalam salah satu persembahannya.

Antara lakonannya yang paling mengesan saya (watak mak tiri garang) ialah di dalam filem
Bawah Putih Bawang Merah,
Rumah Itu Duniaku dan juga sebagai "pari-pari gempal" yang lucu dalam
Anakku Sazali (muncul sebabak di pentas sewaktu mempersembahkan sketksa/nyanyian).
Mereka (
Farida dan
Siti Tanjong Perak) mungkin bukanlah jelita dan popular sebagaimana aktres-aktres sezaman yang lain, tapi kehadiran mereka cukup sebagai menyinari lagi bintang dan seni perfileman negara masing-masing.
Apa yang penting, saya masih (dan sentiasa akan) terhibur dan menggemari lakonan kedua-duannya. Babak-babak sedih, getir, tegang, gembira dan marah berjaya dihidupkan dengan baik oleh mereka.
Saya duduk. Tersenyum seketika di depan
laptop (sekarang ini) sebaik teringat kembali filem-filem lakonan mereka.
Oh, dulu-dulu juga saya teringat satu cerita (dah masuk catatan kedua). Dah lama, hmm... zaman sekolah menengah tak silap. Satu perangai saya ialah suka merayap ke kelas-kelas orang di waktu petang (waktu semua pelajar dah balik).
Apa yang saya buat, melepak di meja guru,
feeling-feeling jap dan cuba perhati mana-mana meja yang nampak cantik dan kemas berbalut dengan
wrapping paper bunga-bunga. Macam-macam kaler ada (biasanya meja pelajar perempuan la kan).
Paling best bila saya selongkar di bawah meja (ruang penyimpanan alatan sekolah/buku), mesti terjumpa satu
buku log yang berisi tulisan-tulisan
jiwang dengan lirik-lirik yang best. Siap ada gambar lagi tau (samada
senior yang diminati, pemain boleh sepak sekolah) berserta tulisan,
"Adam Jusoh, aku cinta padamu!". Hahaha!
Biasanya lagu-lagu popular semasa la. Ada lagu
Azian Mazwan Sapuan (hahaha.. mati la ada yang tak ingat kan?),
Wann,
Fauziah Latiff,
Kumpulan Gersang dan lain-lain.
Saya dan rakan-rakan biasanya akan pulun membaca sambil gelak-gelak (dan bernyanyi sekali). Memang best waktu tu. Tulisan bebudak perempuan ni plak lawa-lawa, siap berhias dan ada "awan larat" semua.

Hujung minggu sewaktu makan-makan dengan
MB di
Sri Idaman, Teluk Tempoyak...
Saya pasti anda juga mempunyai pengalaman yang sama.
Stabuxguy - Senyum sendiri bila ingat kisah dulu-dulu.