Friday, March 9, 2018

Wisata Trinity, Kembara Bersama The Nekad Traveller


Hampir ke jam sepuluh pagi, sudah lima belas minit kami meninggalkan Harbour Park. Hari ini trip saya membawa beberapa orang gadis Jepun untuk bersnorkling di Koh Lipe.   

Sebagai mengisi waktu, saya membuka dan menonton The Nekad Traveller (TNT) di telefon bimbit (secara offline). Cadangnya mahu menonton sewaktu penerbangan ke Lombok April nanti (kena dengan mood travelling), tapi ulasan yang berkobar-kobar (dari internet dan media Indonesia terutamanya) membuatkan saya segera menontonnya hari ini.  

    
Trinity, si gadis yg juga travel blogger terkenal asal Indonesia (http://naked-traveler.com/), yang juga pemeran utama (wataknya dibawakan dengan baik oleh Maundy Ayunda) di dalam filem terbitan Tujuh Bintang Sinema (Produksi Indonesia) ini. 

Filem garapan dan hasil arahan Rizal Mantovani ini (antara pengarah handalan dari Indonesia kegemaran saya sejak daripada siri pertama filem Kuntilanak), bukan sahaja mengenengahkan perjalanan Trinity semata-mata, tetapi Rizal juga berjaya memukau audiens dunia dengan membawa kecantikan dan pesona tempat-tempat wisata tersorok dan terbaik di Indonesia. 

Selain Maudy, filem ini juga dibintangi oleh Hamish Daud (Paul), Babe Cabiita (Ezra), Rachel Amanda (Yasmin) dan Anggika Bolsterli (Nina).   


Hanya dengan 30 minit pertama, Rizal membawa saya terbang bersama kembara Trinity, meneroka suasana di Kota Lampung dan juga puncak Krakatau yang memukau. 

Sebagai pemandu pelancong di Langkawi, watak pemandu pelancong yang humor dan sungguh-sungguh bercerita tentang Krakatau, pulau gunung berapi yang terletak di Selat Sunda, sedikit sebanyak terasa dekat dengan saya. Itulah peranan kami, mengolah cerita dan menjadikan tempat tarikan itu lebih menarik dan pesona di mata pelancong.   

Berbalik kepada TNT, dari satu babak ke satu babak, kita di pukau dengan sinematografi indah tempat-tempat wisata luar dan dalam negara Indonesia. 

Saya kira filem Malaysia juga patut mempunyai garapan seakan TNT, sekaligus memperkenal keindahan Malaysia kepada aundies luar. Barangkali Bernard Chauly antara calon pengarah yang boleh menggalas tanggungjawab ini (berdasarkan hasil dua hasil terbaik beliau - Manisnya Cinta di Cappadoccia & Istanbul Aku Datang).   

Ketika babak akhir, Trinity disoal wartawan,"Apa yang anda takutkan di dunia ini?".  

Trinity menjawab,"Sama juga seperti orang lain, cuma mungkin ada satu ketakutan saya yang besar dan unik, kalau nanti tua, saya menyesal, saya dulu tidak ke sana ya, oh dulu saya tidak lakukan ini ya... makanya saya jalan-jalan...".   

Filem yang baik, harus juga mempunyai barisan pemeran yang baik. Syabas saya ucapkan buat team TNT. Terkesan dengan bait akhir penutup filem ini,"Banyak bahasa dan bangsa sudah ku jelajah, tapi tetap saja tanah airku, yang punya ruang khusus dalam sukma. Karena kemanapun kaki melangkah, rumahku Indonesia."  

Wan K. 

4 comments:

فاتن الصاوى said...



افضل الخدمات المنزلية المقدمة بمدينة الخبر من شركة تاج 0551844053 فخدمات شركتنا عديده ومتعددة ومنها شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف بيوت بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تنظيف شقق بالخبر


شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة تنظيف بالقطيف
شركة طيوب لتسليك المجارى بالخبر



فاتن الصاوى said...


تقدم شركة تاج 0551844053 افضل خدمات التنظيف للمنازل والبيوت وكذلك ايضا تنظيف السجاد والموكيت والمجالس وبيوت الشعر
بالدمام والخبر تنظيف فلل وشقق ومطاعم نقدم عمليات التنظيف الشاملة بمفهموها العصرى والحديث
شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام

شركة الصفرات للتنظيف والنظافه العامه بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام


شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط ورخام وسيراميك بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام

فاتن الصاوى said...


شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالاحساء

شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة تنظيف مساجد بالدمام والخبر

فاتن الصاوى said...


توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل


شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف