Sunday, September 9, 2007

Market Day!

haks! takde kena mengena ngan posting cuma cam happy. so letak je la... :)

fuhh... lama sungguh saya abaikan kedai kopi ni (mati la tak segigih orang ini katanya). ops!

lama tak lama, bukan apa. sibuk juga kebelakangan ini. tak punya masa seperti selalu-selalunya - melangut hampir sepanjang masa di depan skrin komputer riba. siang saya habis ke kuliah, gym, bibliothek, jalan-jalan di buchhandlung, dan kadang keluar sama teman-teman.

kami ke stadt, minum-minum, borak- sama macam yang saya buat di Malaysia.

oh, ya!

nak tahu apa saya buat semalam? aha! tak sabar nak bagitau. kita mula dari aktiviti saya di awal pagi dulu ya.

hari minggu. pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan panggilan uncle ramly.

"mahu ke flea market? uncle nak tengok barang. kalau kamu nak ikut, jom!".

flea market? hmm... bagus juga. lama tak pegi. rasanya kat Malaysia pun ada. pernah tengok di The Curve, Damansara ngan Amcorp Mall kalau tak silap. satu pegi sendiri, satu AM yang bawak.

saya siap ala kadar, capai jeans dan jaket terus ke rumah uncle ramly.

"drive ke basikal?".

"drive lah. tempat tu jauh sikit."

saya angguk sahaja.

kami ke garaj.

flea market.

laluan masuk. masa ni awal lagi. ramai yg masih tgh buka gerai.

koleksi buku-buku lama dan DVD

koleksi perhiasan dan dekorasi

anak patung pun ada!

barangan dan lukisan antik

hah, yang ni tak tau nak cakap apa. tapi lalu je gerai ni terus dalam kepala terbayang orang ini lagi! sapa nak jawab tu??

beza dengan di Malaysia, barang-barang yang di jual di sini memang benar-benar merupakan barangan peribadi (yang samada sudah tidak digunakan lagi, atau koleksi yang disimpan bertahun-tahun). kalau di Malaysia rasanya tak ramai yang akan datang membeli (pendapat peribadi) - yelah, orang Malaysia kan suka benda yang cantik-cantik. kat sini semua yang dijual adalah barangan terpakai (tapi masih elok dan berguna).

macam-macam ada. dari koleksi pinggan mangkuk, anak patung, pakaian, buku-buku dan cd. paling banyak yang saya perhatikan ialah koleksi peralatan tentera dan kegunaan basikal.

seronok juga sesekali habiskan masa di sini. ala pasar tani di Kelantan pula. ingat lagi kalau hari jumaat aje, mesti saya ke pasar tani.

beli apa? ha'ah- anda pernah dengar ayam daging kaler-kaler? masa tu murah, rm0.50 aje seekor (kecik-kecik la, anak lagi). saya suka beli kaler biru, merah dan kuning. bila letak dalam reban kat rumah (arwah) datuk nampak meriah!

duh, sorry termelalut citer pasal pasar tani plak. okay back to flea market kat sini, (juga dikenali sebagai Flohmarkt), ramai juga yang mengambil bahagian. hanya dengan bayaran beberapa euro sahaja untuk membuka gerai, dari pelbagai barangan tu dibuang atau diletakkan di stor aje, lebih baik dijual di tempat ini. maybe for us, kita dah tak guna dah, mana tahu ada lagi orang lain yang sanggup membeli dan menganggap sesuatu barangan itu sesuai atau berguna pada mereka. itulah konsep yang diamalkan di sini. berkongsi.

alangkah bagusnya kalau kita punya banyak flea market di Malaysia. teringin juga nak menjual beberapa barangan sendiri. koleksi buku dan cd paling banyak. sudah tak muat rak di rumah AM tu.

kata uncle ramly, flea market ni cuma diadakan setiap pagi sabtu je. ada tiga tempat di kawasan Oldenburg ini tapi yang terbesar tempat yang kami datang sekarang nilah. terletak hampir 2 kilometer dari stadt, kawasan sebesar tempat letak kereta ala Stadium Bukit Jalil.

menariknya, terdapat tiga kawasan peniaga di sini. orang-orang tempatan (German), Poland dan Asia (kebanyakkan dari China dan Thai).

jadi memudahkan anda untuk memilih dan menentukan barangan untuk dibeli dan dibawa pulang. kalau ke kawasan Asia tu tak berapa menarik sangat, rasa cam shopping di Petaling Street aje. baju semuanya. Poland murah. barang-barang mereka kebanyakkannya hand-made seperti sweater, anak patung, perhiasan rumah.

apa saya beli?

takde apa cuma cd lama single Lady Marmalade. itupun murah, cuma 1 euro aje. ada la dalam 3-4 lagu yang diremix. best juga boleh dengar balik versi mix OST Moulin Rouge ni (teringat zaman-zaman kat Bluebar lama dulu, Jalan P. Ramlee. hohoho!)

balik dari flea market, kami sarapan bersama. dah jadi habit agaknya, uncle ramly ni memang tak suka makan kat luar. baik dinner ke, lunch ke. semua dia akan makan kat rumah.

selesai sarapan, saya ke downtown, si James dah sms ajak minum kat Loft. katanya ada 'kawan baru' nak kenalkan. saya okay aje. capai basikal terus kayuh ke stadt.

tak sampai sepuluh minit, saya tiba di Loft. James kenalkan saya dengan kawan-kawan dia. German semuanya. kendu-kendu. ops!

Herbert, Mark dan Fridda. nasib baik semuanya bisa berbahasa inggeris. paling saya suka berbual dengan si Mark. banyak yang kami kongsi dan cerita. dia pun pernah ambil grafik jugak dulu dan sekarang bekerja di agensi pengiklanan.

Loft ni kalau nak tahu, hmm... ala konsep fine dining gitu macam kat Shrooms, KLCC (ini aje yang terlintas) tapi lebih santai dan ramai bebudak muda suka datang, lepak. sebab kat Oldenburg takde Starbucks, jadi kalau nak feeling-feeling online wi-fi macam kat Malaysia, selalu juga saya ke sini dengan si James. dah jadi rutin.

hmm... apa lagi ya saya buat semalam?

hah, masak nasik lemak!

ngidam punya pasal. James teman saya ke Asian Market yang terletak berhampiran Saturn. saya beli Milo setin, belek-belek senarai "how to cook the nasi lemak" (yang telah ditranslate ke bahasa German) terus tunjuk kat James.

Asian Market - nampak tak botol kicap tu, hah tu saya la yg beli tu.... huhuhu

"help me!". seperti biasa, James jadi 'penyelamat' merangkap jurubahasa saya.

tak sangka kat sini ada di jual serai dan daun pandan rupanya. haha... mati la teruja!

paling menarik, orang German pun panggil 'daun pandan'.

apa lagi nak beli? belacan, ajinomoto, asam jawa- haha! kash very the mak cik-mak cik kan....

takpe, Malaysia boleh. tak kira hari ni mesti masak nasi lemak jugak. uncle ramly tarak, maid pun cuti. yes.. yess.... inilahh... barisann kitaaa.... eh, tersasul, itu lagu patriotik... huhuhu...

*sorry, happy 5 saat!

bayangkan saya balik kayuh basikal dengan beg plastik penuh dengan milo dan bahan-bahan kak yam tu semua. best sangat. kat sini takde sapa pun kisah. anda nak masuk Loft bawak ayam, ikan yang dibeli kat pasar pun no hal. cung tak?

okay la. dah panjang ni. besok-besok aje la citer pasal nasi lemak k. buat ash ngan orang miri, sabarrr... nanti saya postkan jugak pasal tag tu. aduh la... tak pepasal kena fikir siapa pula yang nak jadik mangsa saya pas ni... hahaha!

ok lah nak naik pi sarapan dulu.

jumpa lagi!

budak kopi a.k.a. stabuxguy
Germany

bibliothek - perpustakaan
buchhandlung - kedai buku
stadt - city
flohmarkt - flea market

3 comments:

Vernon Kedit said...

'Orang ini' nak tumpang lalu...

Xis said...

Stabuxguy
wonder who actually took your pics when riding a bike.. Anyway.. I miss flea market in US and Sydney.. so cheap... hmm..

zeryzamry said...

hey..sama la..dulu i beli anak ayam kaler2..0.50 jer kan..hahhaa i beli banyak sume color ader..huhuhuhuhuhu beli kat pasar malam..masa tu i tadika...

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...